Sunday, April 22, 2012

Ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang tak terhingga yang telah dikurniakan oleh Allah. Tidak mampu dibalas dengan wang atau sebagai bentuk material...Apa yang boleh dilakukan adalah dengan perlu bersungguh-sungguh lagi menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Semoga ku terus tsabat.

Diucapkan tahniah buat sahabat-sahabatku yang berjaya melepasi peringkat utama pembentangan Fastrack PhD. Serta tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang diberi peluang kedua (tak suka guna istilah reviva). Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah sedang menguji kita sahabat-sahabat sekalian. Kejayaan kalian, sebenarnya ditangguh sebentar oleh Allah kerana ingin menguji sehingga tahap manakah kalian berhubung atau bergantung dengan Allah. Doalah, percayalah dan yakinlah kepada Allah. Sesungguhnya ketenangan, kekuatan itu datang darinya.

Tidak lupa juga kepada yang sudah berjaya. Janganlah kita lupa dan berbangga-bangga.Mungkin ini ujian daripada Allah juga untuk menguji sejauh mana kita mensyukuri nikmatnya. Jika sebelum ini, kita merasakan agak malas ke usrah, diharapkan selepas ini, semakin bersemengat utk mengikutinya, semakin bersemangat untuk mengikuti daurah dan bersemangat utk menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat sekeliling..Iman ada share kan dalam usrah baru-baru ni mengenai surah As-Saff 10-14. Yang menceritakan tentang kemenangan yang diperoleh hanya dengan pengorbanan. Takde yang lain yang diingini oleh sahabat @ Iman, melainkan sahabat-sahabat juga merasai kemanisan berada di jalan ini..

Okey, ni nak lari sikit dari yang atas..agak pelik bukan, defense dah lepas, tapi tidak tahu mengapa, hati tidak tenteram.Mungkin kesilapan-kesilapan yg lalu yang tidak sedar..Tapi, bayangkan ,beberapa hari ianya berlaku. Memang boleh dikatakan memang tak tenang langsung la.Tak pernah rasa macam ni sekali.Sangat-sangat mengharap diberi ketenangan. Tapi itulah, Allah memang ingin menguji sejauh mana kita bergantung padanya. Dan alhamdulillah, hari ni, waktu tengah hari, tiba-tiba rasa tenang. Tak ke rasa macam mustahil. Sebelum ni diri sendiri tak mampu kawal..So, siapa lagi yang mampu bagi ketenangan sebegitu melainkan Allah..Hal sebegini pernah terjadi sebelum ni. Rasa lemah sangat-sangat..Tapi, satu hari, dapat kekuatan..

Ya Allah, nikmatmu teramat2lah luas. Tapi hambaMu seringkali mensyukuri nikmat ini bilamana dikurniakan atau dimakbulkan apa yang diinginkan. Astagfirullahal'azim. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami..

Pernah tak terasa, dirimu menjadi ringan bilamana jahiliyah ditinggalkan? (sekadar persoalan)

No comments: