Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah diberi kesempatan juga untuk menulis resepi kek coklat ni setelah beberapa permintaan akhwat untuk mengetahui resepi ni tak ditunaikan..Ni la resepi kek coklat yang Iman guna yang telah diubah suai supaya jadi umpph lagi (okey perasan), yang akhawat2 dan sahabat handai selalu makan bila setiap kali Iman bawa dari rumah. Yang mana anis, dan adik2 lain serta umi abah selalu suruh buat bila balik. Kalau kurang balik rumah, maka takde peluang la korang nak makan.hehe..Kesian plak bila satu kali tu balik, kawan-kawan tanya, tak bawa balik kek pape ke. Nak buat mcm mana..baru-baru ni tak sempat kot..huu..Okey!rindu balik rumah nak baking2..erghh!dah lama dapur rumah tak berasap.dan tak sabar nak buat balik aktiviti macam bulan puasa tahun lepas..yang paling gembira sekali adik2 ku la..
Dah..panjang melalut..Ni resepinya. Tapi ni resepi utk kuantiti yang ramai blh makan.Almaklumla adik beradik ramai..
- 4 biji telur (selalunya guna grad A; seeloknya yang bukan baru keluar dari peti atau kata lain, yg fresh g2)
- 2 1/4 mug tepung gandum
- 1 3/4 mug gula pasir
- 1 mug susu sejat (sll letak je 1 tin terus.hee)
- 3/4 mug koko
- 3/4 mug minyak mazola
- 1 1/2 mug air panas
- 2 sudu baking powder (sll guna sudu besar)
- 2 sudu soda bicabornat (tak suka letak byk, tp atas msg2 la)
- 2 sudu besar esen vanilla.
- secubit garam
Korang jangan pelikla bila sukatan ni takde gram2 ke ape, bila dah selalu buat, memang nk senang, terus kira dgn mug skali.lagi mudah.ni tips dari Umi terchenta..Kalau sll buat gak, tak cukupnya beli esen vanilla bekas kecik.kena beli yg besar terus.
Sekarang cara nak membuatnya?Okey, kalau nk kasi lembut atau kata lain, orang akan ingat korang kukus, padahal korang bakar kalau guna cara ni..Tips ni dapat masa tgk pertandingan masak selebriti tahun lepas. Tips dari secret recipe..Iman pon cubala.Alhamdulillah menjadi..
sebenarnya, kek coklat ni sangat-sangat mudah dibuat klu kena caranya..
1) Mula2 mestila kena ayak dlu tepung gandum, serbuk koko, soda bicabornat, baking powder
2)Masukkan bahan2 kering (tepung gandum, serbuk koko, gula pasir, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam mixer
NI NAK BGTAU TIPS..bila nak masukkan bahan2 kering ni dalam mixer, selang selikan dengan telur, cthnya, masukkan tepung2, startkan mixer, letak telur, pastu gula, telur..selang seli hingga habis telur
3) Masukkan lah bahan yang selain di atas (yang dah disebut).
4) Air yang baru dipanaskan masuk akhir sekali..Ingat!masuk akhir sekali dan sangat cantek yg baru gelegak.huhu
5) dah habis kena adunana2 tu pening dalam mixer dah blh la siap2 utk letak kat dalam acuan.terpulangla korang nk letak ape.Ada banyak style, ada yg lapik kertas minyak dlu, pastu baru tuang bahan2, ada yg guna bekas yg tak melekat, just sapukan planta dan kemudian tuangkan bahan2...terpulangla.asalkan bahagia
6) kemudian masukkan dalam oven..oh yea!sebelum tu, sambil dok buat perkara 1-4 tu, dah blh dah panaskan oven atas bawah..suhu 180 oC..tak jumpa plak key utk simbol darjah celcius ni.phm2 jela..Bila dah masukkan adunan td dlm oven, blh la tukarkan api kepada bahagian bawah sahaja..bakar selama 45minit..Rasa dah cukup 45 minit,blh la try cucuk dgn lidi,test tgk melekat tak lg,klu dah tak melekat tu maknanya dah boleh la angkat dan makan.
Sekian, terima kasih..Nanti nak resepi pape lagi,, bagitau la ye..Balik rumah ni nak main masak2..Ingat waktu kecik je ke boleh main masak2 =P
Moga bermanfaat ye.. =)
No comments:
Post a Comment