Sunday, February 26, 2012

Research..Writing..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang ditetapkan makin hampir. Semoga segala urusan kami semuanya dipermudahkan. Perkara ni, pasti berlaku, cuma cepat atau lambat je. Diri ni serta sahabat-sahabat dah makin berdebar. Ada yang tidak lalu makan, ada yang tak tentu arah, dan lain-lain. Ni gara-gara masa untuk pertahankan apa yang telah kami buat selama 6 bulan ni.

Namun, marilah kita sama-sama letakkan ia di tangan ke kaki ke atau mana-manala.Yang penting bukannya di HATI. Research = dunia. Teruslah mengejar akhirat, insyaAllah secara tak langsung dunia akan mengejar kita. Tapi dalam masa yang sama, janganlah cepat berputus asa. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Walau kita tinggal seorang sahaja di dunia, Allah tetap ada bersama kita. Ingatlah bahawa Allah lah yang berkuasa dalam segala hal. Allah jugalah yang memegang hati-hati penilai-penilai kita. Allah jugalah yang memberi kita ilham dalam 'writing' dan segala-galanya..

Kunci utama: Sentiasa memohon pertolongan Allah. Jangan cepat mengeluh. Mengadulah dengan Allah dikala waktu susah atau senang.

Doakan kami semua dapat melepasi salah satu ujian dunia ni ye.Semoga lulus yang akan diperoleh nanti dapat  memberi banyak manfaat kepada Islam itu sendiri..Namun, jika Allah memberi kami sebaliknya, bagilah kami menjadi hamba yang redha akan segala  yang berlaku. Pasti ada hikmah serta perkara yang lebih baik menanti..

Allahumma yassir wala tu'assir watammim bilkhair.

No comments: