Tuesday, May 29, 2012

sayang..tapi...

Bismillahirramanirrahim...

Post ni dituju khas buat mereka yang pernah bersama-samaku, yang pernah mendengar leteran,ceramah dan lain-lain (utk 'anak-anak' usrah dan tak lupa yang sedang bersamaku)

Kita pernah bersama, kemudian berpisah disebabkan sudah habis belajar. Namun Allah takdirkan diri ini, untuk sambung di UTM, dan bertemu kembali dengan antunna sekalian. Antunna ditarik kembali walaupun dalam keadaan paksa rela. Minta maaf la yer kalau terasa begitu. Sebab diri ni begitu sayang pada kalian. Namun kekuatan ni semuanya datang daripada Allah. Suka sangat, bahagia sangat. Allah je yang tahu.

Setelah itu, bulatan kita menjadi besar, makin lama makin besar dengan dihadiri sahabat-sahabat dari PALAPES. Sehinggakan diri ini sendiri makin pening dengan pertambahan yang sering berlaku. Bagaimana nak tunaikan hak setiap orang. Zalimnya diri ni. Boleh dikatakan 'tamak' sebab sayang nak lepaskan semua. Mana tidaknya, ukhwah yg terjalin atas dasar aqidah. Antunna semua mencari, ingin membaiki diri dan diri ini juga turut belajar banyak perkara dari antunna.

Namun diri ni dah menjangkakan yang suatu hari, kita pasti akan terpisah juga. Diri ni dah tanam awal-awal dalam fikiran antunna, tak selama-lamanya korang akan bersama Iman..Yela, manusia akan pergi. Dan yang kekal hanyalah Allah. Lihat kembali hadis 1 berkenaan niat, nak ikut bulatan gembira a.k.a usrah untuk apa? Sebab orang suruh ker?? Atau diri sendiri nak baiki diri dan memahami Islam dengan lebih. Jika niat untuk memahami Islam dengan lebih dalam, insyaAllah antunna tak kisahkan jika orang lain menjadi naqibah...Dan Alhamdulillah niat suci antunna memang terbukti. Bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah juga kerana Allah mempertemukan kita bersama. Bersusah senang, bergelak ketawa dan macam-macam lagila..

Jauh di sudut hati, sebelum di 'brain-wash' hehe..Berat sangat-sangat nak lepaskan..Mana taknya..dah sayang sangat-sangat kat antunna (serius tak tipu.huhu). Indahkan ukhwah fillah tu... Namun bagi mengadili semua orang, hati ini, cuba ditenangkan (bak kata geng-geng S.I.F.A.T "sabarlah duhai hati"), cuba untuk menerima, cuba untuk melepaskan dan menanamkan kepercayaan yang InsyaAllah antunna akan dapat sentuhan yang lebih baik dari diri yang banyak kekurangan ini. Tu la nak kata, SAYANG...tp satu masa memang kena lepas.

Moga walau di mana kalian berada, sentiasalah sediakan hati untuk menerima, sediakan diri untuk ditarbiyah dan mentarbiyah. Banyak dah kan yang dilalui, yang diisi dan lain-lain..Boleh kata air dalam gelas dah tertumpah-tumpah dah. Perlulah dituang-tuang ke gelas yang lain juga. Supaya yang lain pon dapat merasa. Bagi kat adik-beradik ke, kat kawan-kawan dan sesiapa sahaja..Sentiasalah tanamkan dalam diri, untuk berubah ke arah yang lebih baik.InsyaAllah Allah akan bantu. Ubah lah kerana Allah, insyaAllah ia akan kekal..Jagalah mutabaah amal.

Walau dah tak berjumpa selalu seperti sebelum ini, sentiasalah bertanya khabar, berhubung dengan diri ini dan sahabat-sahabat lain. Sayang la antunna semua..Korang memang superb la!

Uhibukki fillah abadan abada.
Khas buat ahli taman-taman syurga dan bulatan gembira bersama nihaja =)


Moga terus tsabat,istiqomah dalam jalan ni.. Walaupun banyak ujian, kalian pasti akan merasa kemanisannya. Walau dah habis belajar, teruskan tanam niat dan ajak diri untuk ikut usrah =)

Moga kita dapat berpimpin tangan, bergembira di syurga bersama-sama nanti..InsyaAllah.


Khas untuk semua. Emm, tak mampu dengar nasyid ni sebenarnya T_T .tapi nak bg gak!


2 comments:

Maryam Badar said...

bestlar kak Iman dpt jumper junior lg

Nurul Iman said...

maryam..hehe.
alhamdulillah.. Allah merancang yg terbaik utk hambaNya =)