Thursday, May 31, 2012

Degil?

Assalamualaikum w.b.t.

Biasa tak sebut perkataan ni dalam kehidupan seharian?Kat adik-adik ke? sahabat-sahabat ke? atau sesiapa sahaja yang pernah berkomunikasi dengan kita? Kalau pernah, banyakkan beristighfar. Kalau tidak, alhamdulillah..

Kenapa perkataan ni ditimbulkan? Sebab selalu sangat dengar orang dok sebut 'degil' dan perkataan yang seumpama dengannya. Dan saya rasa bertanggungjawab utk membaikinya. Dan saya sendiri tak suka bila orang memanggil saya 'degil'  dan perkataan yang lain (boleh fikir kot perkataan yang orang tak suka dipanggil) dan insyaAllah akan cuba sedaya upaya untuk tidak memanggil orang dengan perkataan sebegitu. Dan minta maaf la kalau saya dipanggil demikian, anda akan terima 'ceramah' saya walaupun tak nak dengar.

Emmm, nak kongsi sikit la pengalaman waktu kecik-kecik dulu. Dengan adik-adik yang ramai, memang kadang-kadang kegarangan tu ada. Tu dulu la..Kalau adik-adik tak nak dengar cakap selalu cakap degil. Selalu sangat masa kecik dulu. Zaman sekolah rendah..Pada satu hari, abah terdengar saya cakap macam tu. Abah tegur dan saya rasa abah marah waktu tu..huhu..Tension la kan bila kena tegur. Apesal nak marah.Cakap je pon. Dan setelah tu, memang saya berjaga-jaga la bila bercakap dan lebih-lebih lagi nak menyebut perkataan tu dan seumpama dengannya..

Bila dah besar ni, dah boleh fikir dengan matang, baru faham kenapa umi abah sangat melarang saya menyebut perkataan sebegitu. Mereka nak latih anak-anak mereka supaya berkata dengan perkataan yang baik. Terima kasih umi abah yang tak jemu-jemu mendidik kami semua. Kita pon tahu kata "Alkalam huwad du'a" iaitu 'Kata-kata itu doa'. 

Tapi tu la realiti hidup ni. Macam mana budak zaman sekarang tak jadi demikian kalau kawan-kawan , ibu bapa atau sesiapa sahaja asyik dok sebut perkataan tu! tak boleh nak salahkan mereka..Cuba cakap perkataan yang lebih positif.. Degil kepada baik ke atau pape je..Bayangkanlah kan anda ada anak-ana nanti, nak ke sebut perkataan 'degil'  dan lain-lain kat diorg?? Mesti tak nak kan.. Kalau tak nak, tolongla latih diri untuk tidak menggunakan perkataan-perkataan negatif dalam kehidupan dari sekarang lagi!!! sebab anda adalah apa yang anda katakan..Kata-kata yang keluar dari dalam diri menunjukkan siapa diri anda yang sebenar dan sudah semestinya agak sukar la nak ubah 'automatic'. Ia mengambil masa untuk melatih diri supaya ia menjadi 'habit'.

Itu satu, satu lagi, nak dapat pahala tak??kalau nk dapat pahala, berkata-katalah dengan perkataan yang baik yer.Kembali kepada Al-Quran.Tengok, faham, teliti dan amalkan ape yang terkandung di dalamnya.

" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun." ( Al-Baqarah: 263)

" ..Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk…." (Al-Hujurat: 11)

Oleh itu, kalau kita tidak mahu orang memanggil kita sedemikian, kita terlebih dahulu harus melatih diri untuk tidak berkata sedemikian. InsyaAllah saya percaya bahawa kita semua boleh. 

*minta maaf 'emo' sikit..huhu. Moga bermanfaat. 

No comments: