Tuesday, April 24, 2012

Choclate cake

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah diberi kesempatan juga untuk menulis resepi kek coklat ni setelah beberapa permintaan akhwat untuk mengetahui resepi ni tak ditunaikan..Ni la resepi kek coklat yang Iman guna yang telah diubah suai supaya jadi umpph lagi (okey perasan), yang akhawat2 dan sahabat handai selalu makan bila setiap kali Iman bawa dari rumah. Yang mana anis, dan adik2 lain serta umi abah selalu suruh buat bila balik. Kalau kurang balik rumah, maka takde peluang la korang nak makan.hehe..Kesian plak bila satu kali tu balik, kawan-kawan tanya, tak bawa balik kek pape ke. Nak buat mcm mana..baru-baru ni tak sempat kot..huu..Okey!rindu balik rumah nak baking2..erghh!dah lama dapur rumah tak berasap.dan tak sabar nak buat balik aktiviti macam bulan puasa tahun lepas..yang paling gembira sekali adik2 ku la..

Dah..panjang melalut..Ni resepinya. Tapi ni resepi utk kuantiti yang ramai blh makan.Almaklumla adik beradik ramai..

  • 4 biji telur (selalunya guna grad A; seeloknya yang bukan baru keluar dari peti atau kata lain, yg fresh g2)
  • 2 1/4 mug tepung gandum
  • 1 3/4 mug gula pasir
  • 1 mug susu sejat (sll letak je 1 tin terus.hee)
  • 3/4 mug koko
  • 3/4 mug minyak mazola
  • 1 1/2 mug air panas
  • 2 sudu baking powder (sll guna sudu besar)
  • 2 sudu soda bicabornat (tak suka letak byk, tp atas msg2 la)
  • 2 sudu besar esen vanilla.
  • secubit garam 

Korang jangan pelikla bila sukatan ni takde gram2 ke ape, bila dah selalu buat, memang nk senang, terus kira dgn mug skali.lagi mudah.ni tips dari Umi terchenta..Kalau sll buat gak, tak cukupnya beli esen vanilla bekas kecik.kena beli yg besar terus.

Sekarang cara nak membuatnya?Okey, kalau nk kasi lembut atau kata lain, orang akan ingat korang kukus, padahal korang bakar kalau guna cara ni..Tips ni dapat masa tgk pertandingan masak selebriti tahun lepas. Tips dari secret recipe..Iman pon cubala.Alhamdulillah menjadi..

sebenarnya, kek coklat ni sangat-sangat mudah dibuat klu kena caranya..

1) Mula2 mestila kena ayak dlu tepung gandum, serbuk koko, soda bicabornat, baking powder
2)Masukkan bahan2 kering (tepung gandum, serbuk koko, gula pasir, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam mixer
NI NAK BGTAU TIPS..bila nak masukkan bahan2 kering ni dalam mixer, selang selikan dengan telur, cthnya, masukkan tepung2, startkan mixer, letak telur, pastu gula, telur..selang seli hingga habis telur
3) Masukkan lah bahan yang selain di atas (yang dah disebut).
4) Air yang baru dipanaskan masuk akhir sekali..Ingat!masuk akhir sekali dan sangat cantek yg baru gelegak.huhu
5) dah habis kena adunana2 tu pening dalam mixer dah blh la siap2 utk letak kat dalam acuan.terpulangla korang nk letak ape.Ada banyak style, ada yg lapik kertas minyak dlu, pastu baru tuang bahan2, ada yg guna bekas yg tak melekat, just sapukan planta dan kemudian tuangkan bahan2...terpulangla.asalkan bahagia
6) kemudian masukkan dalam oven..oh yea!sebelum tu, sambil dok buat perkara 1-4 tu, dah blh dah panaskan oven atas bawah..suhu 180 oC..tak jumpa plak key utk simbol darjah celcius ni.phm2 jela..Bila dah masukkan adunan td dlm oven, blh la tukarkan api kepada bahagian bawah sahaja..bakar selama 45minit..Rasa dah cukup 45 minit,blh la try cucuk dgn lidi,test tgk melekat tak lg,klu dah tak melekat tu maknanya dah boleh la angkat dan makan.

Sekian, terima kasih..Nanti nak resepi pape lagi,, bagitau la ye..Balik rumah ni nak main masak2..Ingat waktu kecik je ke boleh main masak2 =P

Moga bermanfaat ye.. =)




Susahnya nak buat

Bismillahirrahmanirrahim..
"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Cukup banyak ibrah dari hadis ni. Bayangkan, kalau hubungan sesama manusia pon sangat-sangat ditekankan dalam Islam, apatah lagi hubungan manusia dengan Allah. Apa yang ana dapat dari hadis ini sendiri adalah, hidup kita ni sepatutnya lebih cenderung kepada memberi. "Great livers are great givers".Bukannya menerima. Berilah pertolongan tidak kira dari segi material atau nasihat atau ilmu dan lain-lain.Jangan risau kita akan dapat ke tidak balasan dari apa yang telah kita beri pada orang lain. Buatlah kebaikan dan kebaikan itu untuk kita juga nanti. Lakukanlah dengan ikhlas. Ikhlas itu ibarat susu ibu. Bayangkan susu ibu tidak bercampur langsung dengan darah bila mana mereka menyusukan anaknya.Susah kot.

Satu lagi bahagian akhir hadis ni "siapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat"..Ya Allah.sangat-sangat sukarkan. Especially insan bernama wanita..Ni Allah mengajar kita untuk menjaga rahsia.Kalau kita berbicara tentang keaiban orang, tak takutkah kita nanti Allah tak tutup keaiban kita di padang mahsyar nanti? Semua orang tengok satu persatu apa yang kita lakukan.Nau'zubillah..Apa yang berlaku, manusia cenderung untuk menyebarkan. Kalau benda baik tak ape, tapi mestilah dengan kebenaran empunya diri. Kalau benda buruk macam mana?tak ke apa yang kita bicarakan dan sebarkan pada orang lain membayangkan juga bagaimana diri kita yang sebenar? Oleh itu, marilah kita perbanyakkan istighfar. Mungkin dalam keadaan sedar dan lebih lagi dalam keadaan tak sedar kita buat perkara ini. Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dalam mencapai redhaMu.

Wallahu'alam.

*Post ni takde kaitan dengan siapa-siapa. Sekadar peringatan buat diri ini. Jom kita tinggalkan jahiliyyah2 kita yang selama ini memberatkan diri kita untuk lebih dekat lagi dengan Allah..

Sunday, April 22, 2012

Ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang tak terhingga yang telah dikurniakan oleh Allah. Tidak mampu dibalas dengan wang atau sebagai bentuk material...Apa yang boleh dilakukan adalah dengan perlu bersungguh-sungguh lagi menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Semoga ku terus tsabat.

Diucapkan tahniah buat sahabat-sahabatku yang berjaya melepasi peringkat utama pembentangan Fastrack PhD. Serta tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang diberi peluang kedua (tak suka guna istilah reviva). Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah sedang menguji kita sahabat-sahabat sekalian. Kejayaan kalian, sebenarnya ditangguh sebentar oleh Allah kerana ingin menguji sehingga tahap manakah kalian berhubung atau bergantung dengan Allah. Doalah, percayalah dan yakinlah kepada Allah. Sesungguhnya ketenangan, kekuatan itu datang darinya.

Tidak lupa juga kepada yang sudah berjaya. Janganlah kita lupa dan berbangga-bangga.Mungkin ini ujian daripada Allah juga untuk menguji sejauh mana kita mensyukuri nikmatnya. Jika sebelum ini, kita merasakan agak malas ke usrah, diharapkan selepas ini, semakin bersemengat utk mengikutinya, semakin bersemangat untuk mengikuti daurah dan bersemangat utk menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat sekeliling..Iman ada share kan dalam usrah baru-baru ni mengenai surah As-Saff 10-14. Yang menceritakan tentang kemenangan yang diperoleh hanya dengan pengorbanan. Takde yang lain yang diingini oleh sahabat @ Iman, melainkan sahabat-sahabat juga merasai kemanisan berada di jalan ini..

Okey, ni nak lari sikit dari yang atas..agak pelik bukan, defense dah lepas, tapi tidak tahu mengapa, hati tidak tenteram.Mungkin kesilapan-kesilapan yg lalu yang tidak sedar..Tapi, bayangkan ,beberapa hari ianya berlaku. Memang boleh dikatakan memang tak tenang langsung la.Tak pernah rasa macam ni sekali.Sangat-sangat mengharap diberi ketenangan. Tapi itulah, Allah memang ingin menguji sejauh mana kita bergantung padanya. Dan alhamdulillah, hari ni, waktu tengah hari, tiba-tiba rasa tenang. Tak ke rasa macam mustahil. Sebelum ni diri sendiri tak mampu kawal..So, siapa lagi yang mampu bagi ketenangan sebegitu melainkan Allah..Hal sebegini pernah terjadi sebelum ni. Rasa lemah sangat-sangat..Tapi, satu hari, dapat kekuatan..

Ya Allah, nikmatmu teramat2lah luas. Tapi hambaMu seringkali mensyukuri nikmat ini bilamana dikurniakan atau dimakbulkan apa yang diinginkan. Astagfirullahal'azim. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami..

Pernah tak terasa, dirimu menjadi ringan bilamana jahiliyah ditinggalkan? (sekadar persoalan)