Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hari ni selamat berjumpa dengan supervisor , Dr Mastura Mahfar.
Setiap minggu akan berjumpa insyaAllah.
Dengan azam yang baru; menjadi Muslim yang lebih produktif dan bersungguh-sungguh serta yang tidak lagi sambil lewa dalam bekerja.
Sudah cukup dengan semester lepas menjadi pengajaran yang tidak akan ku ulangi lagi pada kali ini dan masa akan datang insyaAllah , khususnya setelah melepasi penilain 'Fast Track'. Selama 6 bulan tambah tolak, diri ini tidak berapa serius dalam belajar, membuat kajian dan lain-lain. Yela, mungkin pada 6 bulan permulaan apabila menyambung pelajaran yang masih tidak tahu lagi statusnya, segala usaha ditumpukan pada ia. Segala journal dibaca, segala buku dipinjam, dan dari keadaan 'blur' kepada yang lebih jelas sedikit. Boleh jadi letih, maka setelah lulus penilaian, boleh dikatakan 'honeymoon' la juga. 'Honeymoon' sekejap / sebulan boleh tahan lagi, tapiiiiiii berbulan-bulan. Bukan tidak bermakna tidak membuat langsung kerja, cuma 'output' yang dihasilkan sangat-sangatlah sedikit.
Bila tengok balik "gantt chart" untuk tahun 2013 mula la resah, segala perancangan pada tahun 2012 dah lari. Sedangkan masa sangat banyak. Lihat!Betapa Allah sangat menyuruh hambaNya menjaga masa, tidak bertangguh dalam bekerja. Masa kita dok seronok-seronok honeymoon, kerja yang sepatutnya boleh siap 2, 3 hari ambil masa sebulan untuk disiapkan. Astaghfirullahal 'azim3x. Menyesal pun tiada gunanya. Diri ni merupakan orang yang sangat-sangat rugi, moga tak sampai tahap muflis. Kenapa rugi? Masa banyak disia-siakan. Boleh rujuk surah Al-'Asr. Bertangguh / tidak mengurus masa dengan baik dan tidak berdisiplin akan memberi kesan jangka masa panjang, yang mana impaknya lebih besar.
Rupanya diri ini masih diuji dengan cara pengurusan masa. Kalau zaman 'undergrade' kita ni tip top, sibuk mcm mana pon, tapi masih dapat uruskan masa, namun zaman 'postgrade' belum tentu ia dapat menjamin semangat belajar kita sama masa muda-muda dulu. Percayalah! Hanya orang yang istiqomah yang mampu mengekalkan momentum. Jika ada 'junior' bertanyakan tips pada diri, diri hanya mampu berpesan, istiqomah la dalam bekerja. Selepas penilain, jangan 'honeymooon' telalu lama. Graf turun naik turun naik tak mengapa. Tapi jangan biarkan graf semangat untuk belajar turun telampau banyak, sedikit je ok. Kalau terlalu banyak, ambil masa untuk naik. Kalau dicampur dengan persekitaran yang mana rakan-rakan seperjuangan juga mengalami perkara yang sama, alamatnya memang tak kemana la kerja kita. Kena kuat waktu ni! Memang kena kuat! Kuat bagi semangat pada diri. Doa banyak-banyak pada Allah.
sambungan......
2 comments:
Moga Allah mudahkan PHD awak Iman :D.
kak lah, jazakillah kak =)
moga urusan akk dimudahkan juga
Post a Comment