Saturday, January 5, 2013

P..H..D.. (2)

Assalamualaikum w.b.t.

.....sambungan

Menyambung pelajaran khususnya jika membuat kajian, yang mana kelas tidak perlu dihadiri, tidak mempunyai peperiksaan seperti mereka yang mengambil 'mix mode' atau 'coursework', merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang pelajar. Seorang pelajar muda yang tidak mempunyai komitmen dengan keluarga, dan mungkin juga bagi pelajar yang 'full-time' yang tidak seperti pelajar lain yang sudah bekerja dan belajar adalah 'part-time'...hohoho..memang sangat-sangat mencabar. Nak buat apa-apa pon boleh. Nak bangun lewat?Tidur lewat? Nak balik rumah selalu? Nak lepak lama-lama? Nak melagho lama-lama? Kata je nak buat apa yang tidak berkaitan dengan belajar, semua boleh. Semua boleh la kalau rasa amanah untuk belajar dalam diri dah hilang. Tapi insyaAllah susah la nak jumpa orang yang sambung belajar tapi kerja yang dilakukannya adalah bukan belajar. Tapi kat sini, apa yang nak disampaikan adalah, kalau bijak menguruskan masa, insyaAllah hasilnya adalah lumayan. Tapi jika kurang pandai menguruskannya, memang menjadi orang yang tersangat rugi. Masa dah ada, biasiswa dah ada, tempat belajar dah ada, bahan dah ada, cuma tunggu nak buat dan fokus je.. Isu istiqomah lagi...tapi tu la hakikatnya.

Kembali pada semester lepas, iaitu semester 3, 2012, waktu zaman graf semangat belajar menurun pada kadar yang sangat rendah. Bayangkan, supervisor atau pensyarah dah sedia maklum kita ni pelajar yang macam mana prestasinya lebih-lebih lagi bila belajar atau bekerja. Orang yang bersemangat, buat kerja bersungguh-sungguh dan sebagainya, masuk sahaja semester 3, prestasi, hmm, sangat tidak memberangsangkan, kerja pon hantar lambat, siap boleh minta 'postpond' lagi. Sehari dua takpe, tapi seminggu. Ok. Ini memang kesilapanku yang lepas.Ku akui. InsyaAllah tak nak buat dah. Tak nak dah.

Waktu ni, 'supervisor' lagi risau dengan keadaan diriku berbanding diriku yang kurang risau dengan keadaan diri sendiri. Rasa bersalah sangat. "take for granted' namanya tu..wahaha. astaghfirullahal 'azim....Rasa memang tak patut la buat macam tu, lagi-lagi bilamana Allah dah kurniakan 'supervisor' yang sangat baik, sangat membantu pelajarnya, bila rasa 'down' bagi semangat pada anak buahnya, bila terasa sukar ' diberikan juga semangat, bila bakal melakukan 'presentation' ada sahaja kata-kata positif yang keluar darinya, bila senyap seminggu dua, ditanyakan khabarku, bagaimana kerjaku, bila ditunjukkan 'progress' kerja, dikatakan bagus, teruskan, 'keep it up'. Allahu akbar, betapa postifnya beliau, sangat-sangat positif. Bila diri menyuruh beliau memaksa, katanya, bukan jenis beliau memaksa pelajarnya. arghh...Memang psiko habis la. memang termuhasabah dengan sedirinya la..Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan olehMu Ya Allah. Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasamu. Moga Allah memberi kemudahan dalam urusan dunia dan akhiratmu.

Allahu akbar. Bagaimana diri ini tidak sebak memandangkan sewaktu dalam kebingungan memilih supervisor, istiqoroh lah yang menjadi 'method' ku untuk menyelesaikan dan meleraikan kekusutan yang berada dalam fikiran. Dari satu pensyarah ke satu pensyarah. Hinggalah akhir sekali diri nekad juga untuk berjumpa dengan 'supervisor' sekarang. Dan Alhamdulillah, segala perasaan yang berat yang terasa di dalam jiwa, hilang terus begitu setelah melakukan 'brainstorming' dan bilamana beliau bersetuju mengambilku sebagai pelajarnya. Ya Allah, jangalah jadikan ku hamba yang kufur dengan nikmat Mu, jadikanlah ku hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu samada yang disedari atau tidak. Itula kuasa istiqoroh. Tidak akan menyesal orang yang bersisitqoroh dan bermusyawarah. Jangan nak kahwin je baru nak buat istiqoroh..No!No!No!..Belajarlah untuk membuatnya lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu perkara yang kita tak pasti apakah pengakhirannya, apakah yang akan berlaku sepanjang perjalanan kita contohnya belajar. Banyak-banyaklah mengharap pada Allah. Allah sangat-sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita. Tanyalah sebanyak yang kita mahu tentang pendapat orang lain, mohonlah pertolongan sebanyak yang mungkin dari orang lain, TAPI, ia tidak mampu melawan dengan pertolongan yang Allah bagi, serta pengharapan kita pada Allah.

sambungan...

No comments: