Monday, January 14, 2013

Allah mengetahui bahawa kita sibuk

Said Hawa:
Dgn kesibukan tak bererti kira tinggalkan langkah2 utk recharge rohani kita.

Al muzammil:20
*Allah tahu kita xmampu nk dirikan qiam stiap mlm.tp Allah msh suruh kita dirikan. Dan ayat membaca Al-quran di ulang 2x.

Bagi pinjaman yg baik pd Allah antaranya dgn memberi sedekah.klu kita xnk belanjakan maknanya kita xblnjakan hak org lain.

Betapa kita sibuk, kita tidak bolehblupa utk sirami rohani kita.

Oleh itu, sgt perlu kita susun masa kita.

"Bagilah masa mu agar ada masa utk waktu ini dan ada untuk waktu itu".(nasihat nabi pada saidina hamzah)

Buat amalan ikut kemampuan.yg penting berterusan supaya kita tidak bosan. Kena diversity dalam amalan supaya tidak bosan dan hati sentiasa bertautan pada Allah.

Berfikir ttg Allah dlm setiap masa dgn pndgn kaca mata islam :)

Saturday, January 5, 2013

P..H..D.. (2)

Assalamualaikum w.b.t.

.....sambungan

Menyambung pelajaran khususnya jika membuat kajian, yang mana kelas tidak perlu dihadiri, tidak mempunyai peperiksaan seperti mereka yang mengambil 'mix mode' atau 'coursework', merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang pelajar. Seorang pelajar muda yang tidak mempunyai komitmen dengan keluarga, dan mungkin juga bagi pelajar yang 'full-time' yang tidak seperti pelajar lain yang sudah bekerja dan belajar adalah 'part-time'...hohoho..memang sangat-sangat mencabar. Nak buat apa-apa pon boleh. Nak bangun lewat?Tidur lewat? Nak balik rumah selalu? Nak lepak lama-lama? Nak melagho lama-lama? Kata je nak buat apa yang tidak berkaitan dengan belajar, semua boleh. Semua boleh la kalau rasa amanah untuk belajar dalam diri dah hilang. Tapi insyaAllah susah la nak jumpa orang yang sambung belajar tapi kerja yang dilakukannya adalah bukan belajar. Tapi kat sini, apa yang nak disampaikan adalah, kalau bijak menguruskan masa, insyaAllah hasilnya adalah lumayan. Tapi jika kurang pandai menguruskannya, memang menjadi orang yang tersangat rugi. Masa dah ada, biasiswa dah ada, tempat belajar dah ada, bahan dah ada, cuma tunggu nak buat dan fokus je.. Isu istiqomah lagi...tapi tu la hakikatnya.

Kembali pada semester lepas, iaitu semester 3, 2012, waktu zaman graf semangat belajar menurun pada kadar yang sangat rendah. Bayangkan, supervisor atau pensyarah dah sedia maklum kita ni pelajar yang macam mana prestasinya lebih-lebih lagi bila belajar atau bekerja. Orang yang bersemangat, buat kerja bersungguh-sungguh dan sebagainya, masuk sahaja semester 3, prestasi, hmm, sangat tidak memberangsangkan, kerja pon hantar lambat, siap boleh minta 'postpond' lagi. Sehari dua takpe, tapi seminggu. Ok. Ini memang kesilapanku yang lepas.Ku akui. InsyaAllah tak nak buat dah. Tak nak dah.

Waktu ni, 'supervisor' lagi risau dengan keadaan diriku berbanding diriku yang kurang risau dengan keadaan diri sendiri. Rasa bersalah sangat. "take for granted' namanya tu..wahaha. astaghfirullahal 'azim....Rasa memang tak patut la buat macam tu, lagi-lagi bilamana Allah dah kurniakan 'supervisor' yang sangat baik, sangat membantu pelajarnya, bila rasa 'down' bagi semangat pada anak buahnya, bila terasa sukar ' diberikan juga semangat, bila bakal melakukan 'presentation' ada sahaja kata-kata positif yang keluar darinya, bila senyap seminggu dua, ditanyakan khabarku, bagaimana kerjaku, bila ditunjukkan 'progress' kerja, dikatakan bagus, teruskan, 'keep it up'. Allahu akbar, betapa postifnya beliau, sangat-sangat positif. Bila diri menyuruh beliau memaksa, katanya, bukan jenis beliau memaksa pelajarnya. arghh...Memang psiko habis la. memang termuhasabah dengan sedirinya la..Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan olehMu Ya Allah. Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasamu. Moga Allah memberi kemudahan dalam urusan dunia dan akhiratmu.

Allahu akbar. Bagaimana diri ini tidak sebak memandangkan sewaktu dalam kebingungan memilih supervisor, istiqoroh lah yang menjadi 'method' ku untuk menyelesaikan dan meleraikan kekusutan yang berada dalam fikiran. Dari satu pensyarah ke satu pensyarah. Hinggalah akhir sekali diri nekad juga untuk berjumpa dengan 'supervisor' sekarang. Dan Alhamdulillah, segala perasaan yang berat yang terasa di dalam jiwa, hilang terus begitu setelah melakukan 'brainstorming' dan bilamana beliau bersetuju mengambilku sebagai pelajarnya. Ya Allah, jangalah jadikan ku hamba yang kufur dengan nikmat Mu, jadikanlah ku hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu samada yang disedari atau tidak. Itula kuasa istiqoroh. Tidak akan menyesal orang yang bersisitqoroh dan bermusyawarah. Jangan nak kahwin je baru nak buat istiqoroh..No!No!No!..Belajarlah untuk membuatnya lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu perkara yang kita tak pasti apakah pengakhirannya, apakah yang akan berlaku sepanjang perjalanan kita contohnya belajar. Banyak-banyaklah mengharap pada Allah. Allah sangat-sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita. Tanyalah sebanyak yang kita mahu tentang pendapat orang lain, mohonlah pertolongan sebanyak yang mungkin dari orang lain, TAPI, ia tidak mampu melawan dengan pertolongan yang Allah bagi, serta pengharapan kita pada Allah.

sambungan...

Friday, January 4, 2013

P..H..D.. (1)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni selamat berjumpa dengan supervisor , Dr Mastura Mahfar.
Setiap minggu akan berjumpa insyaAllah. 

Dengan azam yang baru; menjadi Muslim yang lebih produktif dan bersungguh-sungguh serta yang tidak lagi sambil lewa dalam bekerja. 

Sudah cukup dengan semester lepas menjadi pengajaran yang tidak akan ku ulangi lagi pada kali ini dan masa akan datang insyaAllah , khususnya setelah melepasi penilain 'Fast Track'. Selama 6 bulan tambah tolak, diri ini tidak berapa serius dalam belajar, membuat kajian dan lain-lain. Yela, mungkin pada 6 bulan permulaan apabila menyambung pelajaran yang masih tidak tahu lagi statusnya, segala usaha ditumpukan pada ia. Segala journal dibaca, segala buku dipinjam, dan dari keadaan 'blur' kepada yang lebih jelas sedikit. Boleh jadi letih, maka setelah lulus penilaian, boleh dikatakan 'honeymoon' la juga. 'Honeymoon' sekejap / sebulan boleh tahan lagi, tapiiiiiii berbulan-bulan. Bukan tidak bermakna tidak membuat langsung kerja, cuma 'output' yang dihasilkan sangat-sangatlah sedikit. 

Bila tengok balik "gantt chart" untuk tahun 2013 mula la resah, segala perancangan pada tahun 2012 dah lari. Sedangkan masa sangat banyak. Lihat!Betapa Allah sangat menyuruh hambaNya menjaga masa, tidak bertangguh dalam bekerja. Masa kita dok seronok-seronok honeymoon, kerja yang sepatutnya boleh siap 2, 3 hari ambil masa sebulan untuk disiapkan. Astaghfirullahal 'azim3x. Menyesal pun tiada gunanya. Diri ni merupakan orang yang sangat-sangat rugi, moga tak sampai tahap muflis. Kenapa rugi? Masa banyak disia-siakan. Boleh rujuk surah Al-'Asr. Bertangguh / tidak mengurus masa dengan baik dan tidak berdisiplin akan memberi kesan jangka masa panjang, yang mana impaknya lebih besar.

Rupanya diri ini masih diuji dengan cara pengurusan masa. Kalau zaman 'undergrade' kita ni tip top, sibuk mcm mana pon, tapi masih dapat uruskan masa, namun zaman 'postgrade' belum tentu ia dapat menjamin semangat belajar kita sama masa muda-muda dulu. Percayalah! Hanya orang yang istiqomah yang mampu mengekalkan momentum. Jika ada 'junior' bertanyakan tips pada diri, diri hanya mampu berpesan, istiqomah la dalam bekerja. Selepas penilain, jangan 'honeymooon' telalu lama. Graf turun naik turun naik tak mengapa. Tapi jangan biarkan graf semangat untuk belajar turun telampau banyak, sedikit je ok. Kalau terlalu banyak, ambil masa untuk naik. Kalau dicampur dengan persekitaran yang mana rakan-rakan seperjuangan juga mengalami perkara yang sama, alamatnya memang tak kemana la kerja kita. Kena kuat waktu ni! Memang kena kuat! Kuat bagi semangat pada diri. Doa banyak-banyak pada Allah.

sambungan......

Wednesday, January 2, 2013

2013

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah tahun baru, moga matlamat dan semangat juga diperbaharui dan juga makin berdisiplin.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alamdulillah atas segala nikmat seta peluang yang diberi oleh Allah pada tahun 2012. Alhmdulillah Allah memberi kesempatan untuk memperoleh pengakhiran yang baik bagi tahun 2012.

Banyak pengajaran, pengalaman, ujian yang telah dilalui. Yang pastinya,semua itu meninggalkan kesan yang mendalam buat diri, mematangkan diri lagi serta insyaAllah moga lebih kuat luar dan dalam.

Insya Allah akan cuba 'highlight'pengalaman-pengalaman yang diperoleh pada tahun lepas untuk dijadikan peringatan pada tahun baru ini. Di samping tidak melakukan kesilapan yang sama.

Antara usaha yang cuba dilakukan bagi menjadi insan yang lebih tersusun, lebih produktif, lebih menghargai masa, peluang dan nimat yang diberikan Allah.

Moga terus bersemangat.Doakan yer.

Dah nak masuk semester 4 bagi PhD.


 Alhamdulillah dah masuk 'Planner' ke-2 yang betul-betul dimanfaatkan

 Alhamdulillah 'Gantt Chart' yang telah diperbaharui setelah perancangan lari. Moga lebih berdisiplin.InsyaAllah

Bilik yang diubah susun atur bagi mendapatkan 'mood' belajar yang baru.InsyaAllah.Moga terus bersemangat