Saturday, April 23, 2011

tindakan tatatertib



Kepada:
Nurul Iman Abdul Jalil
Pelajar tahun akhir, sem akhir Psikologi.

TINDAKAN TATATERTIB

Merujuk kepada perkara di atas, cik Nurul Iman akan dikenakan tindakan tatatertib bermula tarikh 24 April 2011 sehingga 9 Mei 2011. Ini adalah disebabkan cik tidak melakukan tindakan yang selari bagi orang yang akan menghadapi peperiksaan. Oleh itu, tersebut adalah dendaan atau tindakan yang dikenakan terhadap cik:

1) Hard disk akan dikuarantin selama tarikh yang telah dinyatakan. Ia hanya boleh dibuka apabila memerlukan bahan-bahan yang penting sahaja.
2)Penghadan penggunaan FB hanya terhad kepada 1 jam sehari sahaja.
3)Waktu untuk menghadap laptop juga terhad dan hanya diberi priority kepada pembacaan ilmiah atau exam.
4) Dikehendaki bangun awal pagi dan tidur awal juga
5) Solat hajat, berdoa, qiam dan pelbagai lagi ibadah yang sepatutnya dilakukakan juga dikenakan.(ni sepatutunya tak payah nak suruh-suruh dah)
6) Jauhkan diri daripada katil.Katil digunakan hanya pada waktu malam dan tengah hari sahaja.
7) Jaga kesihatan
8) Sentiasa update atau refresh niat dan semangat.
9) Sentiasa berfikiran positif.Yakin boleh.
10) Hendaklah sentiasa berusaha.berusaha.berusaha.
11)Sentiasa ingat matlamat yang ingin dicapai.

Berdasarkan 11 perkara di atas, setakat ini, hanya perkara-perkara tersebut yang perlu cik Nurul Iman lakukan. Kami dari pihak nihaja consultant ingin mengucapkan selamat bermujahadah dan bittaufiq wannajah fil imtihan.Innalaha ma'ana.

P/S: Tindakan tatatertib ini akan berhasil jika disertakan dengan disiplin diri yang tinggi serta keazaman yang kuat.

Disahkan oleh,
nihaja consultant
"HIDUP INI SATU PERJUANGAN"

No comments: