Tuesday, April 12, 2011

doakan untuk VIVA PSM yer


Tempat: Bilik VIVA 1
Hari: Khamis

Tarikh: 14 April 2011
Masa: 8.30a.m.-9.15a.m.
Assesor: Pn.Hamidah P & Dr. Azizah

I'm the first presenter!!!..Memang mencabar nih..Yg penting sebelum hari kejadian, Iman kena buat latihan banyak kali..Nak minta Dr.Ishak dengar gak.=)  Kena khatam dan hadam Projek Sarjana Muda (PSM) yg dibuat. Dapat ingat muka surat sama pon bagus..Kena mahir bahagian metodologi dan bermacam-macam lagi.Sempat tak?InsyaAllah sempat..Tak boleh tidur lambat sehari sebelum waktu kejadian.Kena tidur awal.Banyakkan berdoa dan solat hajat.Mohon diberi ketenangan dan kelancaran serta dilembutkan hati penilai-penilai.

Apabila mengetahui menjadi pembentang yg pertama, kerisauan timbul. Tapi takper, pasti ada hikmah disebaliknya. Habis awal lega awal. Cuma kena usaha lebih sikit la..Iman suka waktu pagi!sebab segar.

Bagi Iman, hari tersebut merupakan hari yg terpenting kerana pembentangan inilah yg menunjukkan bagaimana Iman menjalankan PSM selama setahun. Mungkin bagi orang lain biasa-biasa sahaja.Tapi tidak bagi Iman. Oleh itu, bagi kenalan-kenalan, sahabat handai, kaum kerabat, doakanlah moga urusan Iman dipermudahkan serta diberi kelancaran dan ketenangan. 

Sesungguhnya sepenuh harapan itu patut disandarkan kepada Allah semata-mata. Allahumma Yassir Wala Tu'assir watammim bilkhair..Kenapa perlu takut dengan manusia?Takut itu selayaknya untuk Allah....


No comments: