Sunday, April 24, 2011

Nice videos for 24/4/11..tp cukup memberi makna

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini saya ingin berkongsi 2 video bg saya sangat menarik..1 mengenai motivasi dan 1 lagi Misi Al-Fateh...

Video pertama di kongsi oleh kak lah yang tersayang untuk adik-adik yang akan menghadapi finale exam, termasuk ana sendiri..tak tahu kenapa, diri ni sangat suka akan video ni. Mungkin kerana maksudnya yang sangat mendalam dan tiba-tiba dapat refresh motivasi diri ini. Mahu berkongsi dengan yang lain video ini dan menyimpannya di dalam blog ini..


Video yang kedua pula adalah mengenai MISI Al-FATEH yang akan berlangsung pada 11-13 Mei 2011..Hmm..rugi sangat sape yang tak pergi..lain dari yang lain..walaupun agak lawak video ni, I mean creative la, namun video ni hanyalah sebagai teaser..Nak tau episod yang seterusnya kena la sertai X-MAKE 2011 anjuran Kelab Iqra'.Memang kali ni lain dari yang lain la..What a nice video=) Ha!1 lagi.tau tak Al-Fateh tu siapa?Boleh la start baca buku pasal Sultan Muhammad Al-Fateh..ramai penulis yang karang..antara yang saya cadangkan ialah yang ditulis oleh Abdul Latif(klu tak silap la ejaan mcm ni)...Baca habis dlu , baru dapat feel MISI AL-FATEH ni...


tak reti nk attach video macam mana..tp blh la try click kat situ yer...alang2 tu, tekan la button LIKE  Kelab Iqra' yer..Wassalam..

Saturday, April 23, 2011

tindakan tatatertib



Kepada:
Nurul Iman Abdul Jalil
Pelajar tahun akhir, sem akhir Psikologi.

TINDAKAN TATATERTIB

Merujuk kepada perkara di atas, cik Nurul Iman akan dikenakan tindakan tatatertib bermula tarikh 24 April 2011 sehingga 9 Mei 2011. Ini adalah disebabkan cik tidak melakukan tindakan yang selari bagi orang yang akan menghadapi peperiksaan. Oleh itu, tersebut adalah dendaan atau tindakan yang dikenakan terhadap cik:

1) Hard disk akan dikuarantin selama tarikh yang telah dinyatakan. Ia hanya boleh dibuka apabila memerlukan bahan-bahan yang penting sahaja.
2)Penghadan penggunaan FB hanya terhad kepada 1 jam sehari sahaja.
3)Waktu untuk menghadap laptop juga terhad dan hanya diberi priority kepada pembacaan ilmiah atau exam.
4) Dikehendaki bangun awal pagi dan tidur awal juga
5) Solat hajat, berdoa, qiam dan pelbagai lagi ibadah yang sepatutnya dilakukakan juga dikenakan.(ni sepatutunya tak payah nak suruh-suruh dah)
6) Jauhkan diri daripada katil.Katil digunakan hanya pada waktu malam dan tengah hari sahaja.
7) Jaga kesihatan
8) Sentiasa update atau refresh niat dan semangat.
9) Sentiasa berfikiran positif.Yakin boleh.
10) Hendaklah sentiasa berusaha.berusaha.berusaha.
11)Sentiasa ingat matlamat yang ingin dicapai.

Berdasarkan 11 perkara di atas, setakat ini, hanya perkara-perkara tersebut yang perlu cik Nurul Iman lakukan. Kami dari pihak nihaja consultant ingin mengucapkan selamat bermujahadah dan bittaufiq wannajah fil imtihan.Innalaha ma'ana.

P/S: Tindakan tatatertib ini akan berhasil jika disertakan dengan disiplin diri yang tinggi serta keazaman yang kuat.

Disahkan oleh,
nihaja consultant
"HIDUP INI SATU PERJUANGAN"

Tuesday, April 12, 2011

doakan untuk VIVA PSM yer


Tempat: Bilik VIVA 1
Hari: Khamis

Tarikh: 14 April 2011
Masa: 8.30a.m.-9.15a.m.
Assesor: Pn.Hamidah P & Dr. Azizah

I'm the first presenter!!!..Memang mencabar nih..Yg penting sebelum hari kejadian, Iman kena buat latihan banyak kali..Nak minta Dr.Ishak dengar gak.=)  Kena khatam dan hadam Projek Sarjana Muda (PSM) yg dibuat. Dapat ingat muka surat sama pon bagus..Kena mahir bahagian metodologi dan bermacam-macam lagi.Sempat tak?InsyaAllah sempat..Tak boleh tidur lambat sehari sebelum waktu kejadian.Kena tidur awal.Banyakkan berdoa dan solat hajat.Mohon diberi ketenangan dan kelancaran serta dilembutkan hati penilai-penilai.

Apabila mengetahui menjadi pembentang yg pertama, kerisauan timbul. Tapi takper, pasti ada hikmah disebaliknya. Habis awal lega awal. Cuma kena usaha lebih sikit la..Iman suka waktu pagi!sebab segar.

Bagi Iman, hari tersebut merupakan hari yg terpenting kerana pembentangan inilah yg menunjukkan bagaimana Iman menjalankan PSM selama setahun. Mungkin bagi orang lain biasa-biasa sahaja.Tapi tidak bagi Iman. Oleh itu, bagi kenalan-kenalan, sahabat handai, kaum kerabat, doakanlah moga urusan Iman dipermudahkan serta diberi kelancaran dan ketenangan. 

Sesungguhnya sepenuh harapan itu patut disandarkan kepada Allah semata-mata. Allahumma Yassir Wala Tu'assir watammim bilkhair..Kenapa perlu takut dengan manusia?Takut itu selayaknya untuk Allah....