Monday, January 18, 2010

KAMI terperangkap di dalam lif!! PANIC?PHOBIA?TRAUMA?


Bukan lif sebenar di DO6

19 Januari 2010, 10.15 pg-11pg,Lif DO6,tingkat 1,FPPSM

1015: Setelah selesai menghadiri kelas Organizational Psychology (Pn.Akmar), kami pelajar-pelajar 2SHY bergegas untuk ke kelas Researh Method in Psychology (Pn. Irmawati).Kami sebenarnya telah lewat 15minit untuk ke kelas seterusnya kerana masing2 ralik dalam kelas O.P. Kami beramai2 bergegas untuk masuk dalam lif. Kira2 12@13 orang yang dah ada dlm lif, tp disebabkan kami dah biasa naik ramai2,mcm sardin, so penuhla lif tu dlm 16 org..ramai2.huhu..nurul farhana, nor farhana, ctok, baiti, k.tiqah, k.umi, ct, k.zu, neetiah, khairunnisa', zeynep kaya,siti aminah, iman, ina, & nita (ni semua yang ada kat dalam lif).

1018: Lif pun tertutup. TAPI, kami yang ada dalam lif berasa pelik@ hairan. Kenapa la lif ni tak gerak2. Pada masa tu, semua mula panic2 dah. dah mula panggil2 orang kat luar,tekan loceng kecemasan. Alhamdulillah ada k.kinah kat luar. Beliau segera menelefon pejabat.(ni tau slps kejadia). Kami yang terperangkap di dalam memanggil2 lagi. Semakin ramai kawan-kawan sekelas@sekos datang, cuba untuk menenangkan kami. Blh la dgr suara intan, dayah dll. Yang di dalam cuba untuk tenangkan kawan2 yang mula panic.

1024: Tup!Lampu terpadam."mcm mana ni??Lampu takde"  "sape2 yang boleh buka lampu dgr hp, bukak" "org kat luar, tlg la,call sape2 yang boleh tlg,black out ni" "ramai ni, sesak nafas boleh" "tenang-tenang2" (org kat dlm lif-byk lagi la), waktu tu loceng kecemasan mmg ditekan2 la. kawan2 kat luar pon risau gak sbnrnya dgn kami yang kat dlm, kami dapat rasai kesungguhan mereka."jgn banyak bercakap" "minum air" "dah call,tgu sekejap, org tu on d way". Prof Yusof Suratman yang berada di tingkat 2 rupa2nya menunggu lif juga. Tp apabila diberitahu yang lif rosak, beliau turut cuba untuk menendang2 lif tersebut.(bila dgr cerita ni dr k.kinah, saya sungguh terhar,mana tak nya, Prof. Yusof tak brp sihat). Pn. Irma pon risau juga sbnrnya,mana taknya,tunggu student2 dia, tp tak masuk2 lagi. Dahla kami ada presentation pada waktu tu. Ramai kawan2 kami yang turun bila mengetahui apa yang sedang berlaku. Tak kirala Melayu, India,Cina. Ada yang sanggup turun dr tingkat 4 untuk ke tingkat 1 untuk membantu kami.

1030: Neetiah mula sesak nafas. Kami yang di dalam lif dah mula risau. Bertambah2 panic la kami. Neetiah ada lelah. So apabila dicampur dgn panic, mmg lagi cepat la kesannya. Neetiah mmg tidak dapat nak cntrl pernafasannya pada waktu itu, kami cuba memberinya air,tp dia tak nak. "Lambat lagi ker?ada org dah sesak nafas ni".org kat luar" sekejap2.nak sampai dah"..boleh tahan lama 'sekejap' tu. tp saya tak salahkan kwan2, sbb technician tu yang lmbt,diorg dah cuba sedaya yang mungkin. Keadaan Neetiah semakin serius. Geng2 laki Zul, Hazizi, Ah Kit dll cuba untuk membuka lif. Terbukala sedikit lif tu. Kami yang di dalam segera membawa Neetiah ke pintu yang terbuka sedikit bagi dia mendapatkan udara. Boleh tahan susah, kan ramai, memang pergerakan lambat la waktu tu. Selepas beberapa minit selpas tu, lif tu pon terbuka. Alhamdulillah. Tp rupa2 kawan2 kami di luar tak puas hati dgn technician yang br smpai. masa tecnician smp, kan geng2 laki tgh bertungkus lumus untuk buka lif,bg ada udara masuk, tp technician tu boleh plak dia marah. Siap kata bukan boleh mati pon. Orang yang ada kat luar mmg bengang la. Mana taknya ada org yang sesak nafas. dan kami bakal2 psikologis,kami ada bljr bnda2 ni!

1037:Kami pun keluar, mmg ramai la orang yang ada kat luar (semuanya @SHY). Saya dan k.tiqah mengangkat neetiah berdekatan dengan pokok. Dia masih lg sesak nafas. kami cuba tenangkannya. Saya basahkan mukanya, dayah kipaskan dia, k.tiqah menjadi lapik kepada kepala dia. Memang semua masa tu cuba bantu. Ada yang dalam geram pon ada. Yg g report pon ada. mcm2 la. Setelah beberapa minit, keadaan Neetiah semakin pulih.

pastu ada la sorang pak cik (staf ) menanyakan apa yang berlaku. untuk mengambil detail kejadian. Beliau mengatakan, klu smpai 40 minit dlm lif br la akan dibuat laporan ke syarikat lif itu. Ish, bg pendapat saya la klu tgu 40 minit, blh ada yang mati. Nauzubillah. Beliau cuba menerangkan yang lif ni ada safety dia gak. Mitsubishi ape ntah.huhu..Rupan2nya pada waktu tu, fakulti blackout, so, masa kami masuk dalam pintu lif tu, sbnrnya pada waktu tu, tu adalah waktu kecemasan. Lif akan terbuka sblm itu, untuk mengeluarkan orang yang ada di dalam(tak kira ada @ tak). Kiranya, kami masuk pada waktu yg salah. Kami pon mana la tau.Bila kami masuk, mmg lif tu akan tertutup secara automatik la.so terperangkaplah kami.

Sebenarnya, semalam kami baru je bljr pasal ANXIETY, PANIC AND THEIR DISORDER yang diajar oleh Pn. Nora Mislan. Tak sangka plak hari terus praktikal.huhu.Memang berkesan la pembelajaran..so dapat saya kategorikan pengalaman2 kwn2 sy selepas terperangkap dlm lif ialah, kebanyakan dari kami akan mengalami Trauma( bukan phobia yer.berbeza). trauma nk naik lif.Takes time for them to recover..huhu..termasuk dgn diriku??wallahu'alam..yang penting lif di DO6 kami @ 2SHY akan boikot la.hahha

Pengajaran:
-Bagi yang memandang kejadian ini dr sudut yg positif, mereka akan melihat bila lg nk ada pengalaman cmni. Lbh2 lg bakal2 psikologis, bila situasi cmni berlaku nt, kita dpt selami mslh2 klien kita dgn lbh berkesan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Sebab ape?? WE HAD EXPERIENCED IT!!!

- Pada waktu susah beginilah kita amat2 memerlukan bantuan Allah.Mula berdoa dll. Kita sbg org Islam, tidak kira susah atau senang, kita hendaklah sentiasa memohon dgn Allah. dan waktu susah mst lagi banyak.


- Marilah bersama2 bersyukur dan sujud syukur sbb terselamat. Allah masih mahu kita menjalankan tugas kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

- Dalam keadaan panik, dinasihatkan supaya bykkan berzikir, beristighfar, berselawat, cuba tenangkan fikiran dll.

-Dalam apa jua yang kita lakukan, buat bersama2,slg tlg, slg support kawan dll tak kira susah atau senang. Memang pelajar2 2Shy baik2la.. Apa yg penting?Kerjasama!!

-Lif di FPPSM kena tukar yang baru.huhu. takpun upgrade kan

-Emm, bg yang masih berada dlm kesedihan,cuba kuatkan diri anda, diri saya, diri semuala. Kuatlan lg emotional quotiont anda. Bykkan mohon dan dktkan diri dgn Allah. Allah takkan uji hambaNya, klu hambaNya itu tak mampu. Sesungguhnya ujian yg berlaku akan membuatkan kita menjadi lebih kuat..Like my blog's title and decription...

selamat berehat,tenangkan fikiran dan segala2nya lah

Ni pon bukan lif sebenar D06

10 comments:

sally said...

yup..byk pengajaran yang boleh diambil dari kejadian lif hari ini.. amat btol la ape yg cik iman kite ckp tuh..papepon alhmdulillah kerana sume suda terselamat...

ieyqar said...

iman..kak tikh pon sma..Alhamdulillah kita sume selamat td..memag praktis abess la pa yg belajar abnormal 2..he3..Allah saja yang tahu prasaan dlm lif yg ramai owg, gelap, panic,uuuu...xtergmbarrr...

Nurul Iman said...

to cik sally: rugi la cik sally tak berada di dalam..tp tak mengapa,cik sally kita salah seorng heroin dr ramai2 hero n heroin..hehe

to ieyqar:alhamdulillah..stuju2..mmg praktik btol2 la.tu br sikit. nt kita keje lg la byk yg akan kita hadapi..msh terbayang2 lg nih.tp tu la, td nk tangkap gmbr suasana dlm tu.tp mcm tak blh je td.huhuhu

*terlupa plak nk sbot nama syakirim yg jd hero gak.dia buka pintu lif kat bhgn atas,zul bhgn bwh(kak umi kata).huhu...jihah dll..tq semua

wina... said...

alhamdulillah seme selamat...moga ini menjadi iktibar bahawa kemalangan boleh berlaku bile2 mase di mane jua...

.: hunny :. said...

wuu~
debba kakloss ehh..
hehe..
alhamdulillah slmt lako2..
geez..

*puah aty?haks

Nurul Iman said...

to wina: btol2.sokong sangat kata2 wina tu.trima ksh atas peringatan

to hunny: br ziarah hambo.huhu..trima kasih...blh thn la berdebar wei.masing2 cuba utk tidak bercakap byk spy udara tak cpt habis.huhu.tp alhamdulillah sgt2.smua slmt.

Tarhata Kiran said...

huhu....boleh dibayangkan macam mana iman panik...
mesti banyak mulut dia masa tu....

pengalaman berharga iman..

Nurul Iman said...

huhu..amboi kak bai..mana blh byk mulut masa tu..nt kurang udara..dah la ramai..hehe
aah..memang berharga sgt2.dah ada notis kat lif tu..

ieyqar said...

iman, notis pew kt pintu lif 2?
kak ika xsempt nk bce..he3

Nurul Iman said...

lif sedang dibaiki..hehe..nanti ingtkan iman utk tgkp gmbr lif tu.biar org kenal ckit.hik3