Assalamualaikum w.b.t.
Setelah lama meninggalkan blog ini dalam 4bulan lebih kerana tidak mempunyai 'mood' untuk menulis. Kenapa takde 'mood'?Ntahla...Masih mencari-cari diri yang sebenar kah?Hmm, juga tiada jawapan..
Sedar tak sedar dah nk masuk bulan Mac dah..huh..Hampir dua bulan naik turun HSA(Hospital Sultanah Aminah JB) untuk minta kebenaran bermula akhir bulan November 2010. Alhamdulillah akhirnya pertengahan bulan Januari baru dapat kebenaran untuk membuat kajian.Ke sana ke mari surat kebenaran dari UTM.Haish..Katanya tajuk yg dibuat itu tajuk sensitif..Sensitif ek? Sensitifla kot..Almaklumla berkenaan dengan BULI di kalangan jururawat. Tajuk PSM yang pada awalnya ditolak oleh kawan-kawanku yang lain apabila dicadangkan oleh DR.Ishak..Kenapa diri ini boleh ambil tajuk ni?Sesungguhnya jawapannya ialah tidak tahu. Apa yang diri ini tau ialah diriku ini suka menyahut cabaran dan percaya bahawa pasti ada hikmahnya.
Apabila sudah mendapat kebenaran, mulala nak edarkan soal selidik.Tapi....tak dapat nak edar sendiri.Kena melalui sister..huh!gementar gak kena melalui matron terlebih dahulu.Bertemankan dengan kak umi pergi ke pejabat pengarah, pastu masuk bilik mesyuarat. Sebelum masuk, ingatkan jumpa sorang jer matron, rupanya ramai pulak dalam bilik tu.Mendebarkan.Tak rugi masuk, diorang siap bagi cadangan untuk buat kat wad yang lain sama( yang ada keberangkalian tinggi menghadapi buli).Tapi Alhamdulillah setelah itu semuanya telah berjalan dengan lancar. Tapi disebalik kisah ini, ada juga kisah yang sedih yang mana tiket bas terpkasa 'burn rm70' gitu sahaja.Dah nak settle PSM punya pasal.Memang dugaan..Terpaksalah balik lewat daripada orang lain (ni masa CNY).
Sementara nak tunggu balik (dalam 2 hari gak tunggu), g bersiar-siar dgn geng SIAT dalam UTM..SIAT?sape tu??adala...orang lain shopping kat JJ, kami shoping kat Meranti je.hehe..Nak naik kuda, tapi tak boleh plak dekat dengan pertandingan...Petang sebelum naik bas waktu malam tu, g makan steamboat dengan akhwat.kat Mutiara Rini.(ni permintaan A yang nak sangat g.hehe).Pergila ramai2.Sempat lagi kot gi makan padahal malam tu I dan J dah nak naik bas. Bayar Rm18, kami target ambil seafood la..tp tak mkn byk pon..Aiskrim jer yg byk kena kebas.YUMMY..Smpai ada org tu kata nk seludup bawa balik..huhu..makan punya makan, tengok jam, ha!, mula la kalut nak balik. Mana taknya barang tak siap lagi..Itu la.ralik sangat.Kami pon bergegas pulang ke UTM..Sampai la scene nak tunggu bas. Hujan!.huh..tapi memang best la kali ni balik geng SIAT ada.tapi tak cukup sorg..S takde..sedih gak.Tp jujur saya katakan memang rasa sedih nak tinggalkan S.A.T yang lain.Siap hantar sampai ke bas.bukan senang dapat suasan mcm ni..Uhibbukunna fillah abadan abada.
Okey, next tragedy happened when I arrived home...Tp serious,mmg cantikla susunan Allah...smpai kat rumah dalam pukul 5pg... ok lagi waktu ni.Tp bila dah menghampiri pukul 6, hmm,ape pasal perut memulas semacam je.Mula2 ok lagi.Tp lama2, makin sakit perut, keluar masuk jumpa DR. Tan...hmm,ni tak boleh jadi ni.turunla kat bawah.bgtau kat umi yang sakit perut..huhu..tak lama lepat tu, mmg buat date dgn MR. Tan betul la. Kalau stakat 'diarrhoea' tak perla, tapi ni selang seli dgn 'vomit'.hmm, mmg lembik terus la wei..mmg tak terkata la letihnya + sakit..Perut umpama ditarik2..dah lama tak alami situasi mcm ni.Mmg nak tdo pon tak bolehla..Umi abah bawa g klinik, bila diperiksa,kena FOOD POISONING..nah kena injection 1..ngeri btol la..hehe..Terima kasih umi abah dan adik2 yang bantu kak iman masa kena dating dgn DR.Tan...
Itu yg berlaku kat diriku..Tp dalam masa yg sama, kesian juga pada adikku Hani yang ada kat Mansourah masa tu. Umi abah kena tengok anak yang sakit kat Malaysia sorang, yang sedang berjuang kat Mesir sorang( berjuang dengan perasaan takut).Tp kak iman tabik spring la kat hani..Hani mmg sangat tabah.Tak taula kalau kak iman kat sana macam mana.Orang lain pakat kalut nak balik, tapi Hani masih mampu berkata tak balik takper. Risau menyusahkan umi abah.Kiranya mcm ikut "MUKHAYYAM" la yer kat sana..Sekarang mek ni ada dah kat Malaysia,selamat sampai.Huh!sedihnya. Nak jumpa demo.Bila Hani minta balik, lagi sedih kakakmu ini.Hani dah nak balik ke MEsir.aduh..I miss u so much sis!!!u gonna make me sad..Banyak sangat kerja yg kakakmu kena hadapi di sini dengan exam, PSM, ujian, assignment dan macam2 lagi.Yang penting ada juga aktiviti yg dilakukan selain kesibukan dunia ni yang dapat bagi saham padaku di akhirat nanti.InsyaAllah.
Ok2..sambung balik hal PSM..hmm, dengan bantuan sorang sister, sebanyak 130 soal selidik telah diedarkan...Sister kata jumpa balik dalam 2 minggu lagi..haish..lambat la dapat keputusan jawapnya..Habis la planning atau time line ak nih..mmg kena ubah la..Alhamdulillah, 2 minggu telah berlalu...cuba teka...berapa bilangan soal selidik yang diperoleh balik???...Teka2..Alhamdulillah, dapat balik 125..hilang 5 je (dah gtau jawapan, tak jadila teka teki jawabnya!)..lega sangat2..ambik waktu pagi kat HSA, waktu petang dalam pukul 3.30 p.m lebih key in data guna SPSS..haish..banyak sih!nak termuntah rasa tengok laptop lama2..tak berhenti key in data.bila maghrib berhenti jap..saja nak menduga Kak Am..Me: cuba teka iman dah key in berapa? Kak Am : dalam 40...Me: hehe.80 kak am..ngeh2..terkejut Kak Am dibuatnya..Mcm mana ek nak kata, dalam ape2 yg kita buat, kita kena ada 'determination' + ada skill utk mempercepatkan proses 'key in'..45 lagi yang tinggal..aduh kena cepat ni..nak habiskan malam ni gak!!!..nak g dengar Dialog Kerana Aku Beriman, Aku Bertanya' kat KTHO..ha, lupa nk gtau, kak Adah ada ziarah petang tu,mmg dia nmpak keadaan ku yg tengah khusyuk + serabut 'key in' data.hehe..Malam tu, SMS la kak Dayah J, tanya g tak sana.hehe.Boleh tahan lambat gak kak ku yg ni balas SMS.hmm, sementara tunggu SMS dia, siapkanla baki 45 ni lagi..She reply my msg...nk cakap kat dia,yg nk tumpang motor dia sebenarnya.hehe.Alhamdulillah dapat..dengan cepatnya selesaikan key in data, Alhamdulillah selesai.Fuh!!!!lega yg teramat.Tp letih tu still ada la kan.Sbb all out hari tu..Tp yg bestnyer, key in data siap, dialog tu pon dapat g..Love in it! 2 tasks can be done within a few hours..
Hoho...esokkan hari, buat temu janji dengan Dr.Ishak..hehe..I want to finish all of this thing by today..personally, Dr Ishak is a good supervisor + lecturer..sanggup, ajar student dia yg ni yg tak reti nak analyze data selama 2 jam..tp takder la tunjuk semua. Dr. tunjuk sikit, yg lain buat sendiri la..Tp, Alhamdulillah dalam masa 2 jam tu, ak dapat analyze kesemua data atau kata lain, semua Research Question (RQ) terjawabla...so tunggu nak writing je la..Alhamdulillah sekali lagi..At least, I'm on track..Time line yg dibuat awal2 dulu kira dah tercapaila..Sebenarnya nikmat Allah ini sangat luas.Allah sangat suka dan sayang kepada hambaNya yg sentiasa mengharap kepadaNya.Segala hasil baik atau ujian yg kita tempuhi ini sebenarnya terdapat hikmah disebaliknya.Hikmah dapat dicari bagi orang yang berfikir..Byk2kanla bersyukur kepadaNya.
Maka tibala minggu ni, tup-tup akhir bulan Februari dah..Erkk..tarikh nak hantar PSM dah nak dekat.Me dan sahabat2 masih berjuang habis-habisan. Ada yg masih berjuang mengutip maklum balas lecturer dll. Dalam masa yg sama, kami turut kena hadapi dengan pelbagai assignment yang semakin menghampiri 'due date'nya, test yang tidak putus2 serta presentation yang ada setiap minggu.Itu baru kehidupan sebagai FINAL YEAR STUDENT..ko ingat UTM senang2 nak lepaskan ko..UTM nk jadikan student dia berkualiti la..tempuh je la ujian dunia ni yg sementara..
Untuk makluman, pada 23 MAC 2011 telah ditetapkan bahawa PSM lengkap perlu di hantar kepada PENYELIA dan PENILAI masing-masing. No Compromise!!! Pada 14 & 15 APRIL 2011 telah ditetapkan bahawa tarikh untuk PEMBENTANGAN PSM masing-masing..Huh..tik tok tik tok..pantasnya masa berlalu..
tapi itulah realitinya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini..masa di dunia ini hanya sementara. masa yang sebenar itu ialah apabila kita dibangkitkan...
" Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), maka mereka merasakan seakan-akan hanya ( sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari"
[An-nazi'at: 46]
Kesimpulannya, apa yang kita lakukan mestilah ada perangcangan..Perancangan tu, bukan sekadar mengenai hal dunia sahaja, tapi mestilah kena ada juga perancangan yang dapat memberi kita saham di akhirat.
Jika kita rasa kita susah, siapa lagi susah jika dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah serta sahabat-sahabat dan pejuang Islam yang lain yang sanggup berjihad di jalanNya.
Jika kita masih disibukkan dengan hal dunia, sebenarnya kita tidak layak untuk mengatakan yang kita sibuk jika kita masih mampu untuk membuka FB, menonton movie Korea dll..
Ingatlah..ingatlah..Yang sebenarnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara. Allah telah mengumpamakan yg hidup di dunia ni hanyalah sepetang atau sepagi atau kata lain kalau pagi bermula 6 pagi 12 tgh hari atau petang bermula pukul 12 lebih hingga pukul 6 ptg...Tidakkah kita rasa cukup amalan kita kat dunia ni yg mana yg mampu menajdi bekalan kita kat akhirat nanti yang kekal selamanya???kurangkanlah benda2 yg lagho sahabat2..banyakkanlah amal2 yg mampu mendekatkan kita kepada Allah...
Bittaufiq wannajah to all my friends...Smoga sgala urusan kita dipermudahkan...
4 comments:
hehehe
terharu ambo namo ado dale blog.
:P
neway, tahniah tahniah tahniah!
:)
mantap!
troskan perjuangan hidup~
mesti doh ado..huhu..bilo tak tulis lamo gak, nyo panje lalu hambo nulis.hehe...jazakillah..insyaAllah..you too my dear
chaiyok iman! =)
jzkk kak zaleha..buat ape skrg?
Post a Comment