Apa kaitan antara TAHU-MAHU->MAMPU???
Perkataan ini diperoleh daripada 'tazkirah asar' oleh abah selepas solat berjemaah..
Hmm..agak susah juga nak kaitkan dengan kehidupan seharian sebenarnya. Tapi inilah realitinya...
Contoh situasi:
1)Kita TAHU yang bangun awal pagi ni bagus, tapi kalau tak MAHU tak guna juga. Oleh itu, kalau loceng jam berbunyi banyak kali pun, kalau kita tak nak MAHU bangun, maka tak berguna juga keTAHUan kita tu.
2)Kita TAHU yang bangun awal pagi ni bagus, dan kalau kita MAHU, kita MAMPU lakukannya. Kalau jam loceng berbunyi, kita akan terus MAMPU untuk bangun. Ini juga bermakna kita memenuhi keMAHUan kita.
Aplikasi:
- Dalam hidup ini, ilmu-ilmu yang telah kita peroleh dalam kelas, luar kelas, secara formal atau tak formal (yang menunjukkan kepada TAHU), kita hendaklah ada keMAHUan untuk mengaplikasikannya. Dengan mengaplikasikan apa yang telah kita TAHU dan peroleh akan menunjukkan bahawa kita benar-benar MAMPU menggunakan ilmu tersebut. Barulah ia menjadi manfaat kepadaa orang lain.
- Kita TAHU kalau kita kunci jam awal pagi, kita akan dapat bangun awal, baca buku awal-awal, otak masih segar. Tapi kalau kita dah kunci, tapi tak MAHU bangun, lepas dengar bunyi loceng tidur balik, tu menunjukkan yang kita ni tak MAMPU.huhu..Oleh itu, untuk membuktikan bahawa kita adalah seorang yang MAMPU, maka apabila dengar je loceng, kita kena bermujahadah untuk bangun. Kalau tak, rugi je bateri jam loceng atau handphone kita, tak pun rugi je tidur kita sebab jadi tak berkualiti gara-gara menyenyapkan bunyi loceng...
- Kita TAHU alangkah 'best'nya, nikmatnya, seronoknya, bahagianya menjadi orang yang berjaya. Tapi kalau kita tak MAHU untuk berusaha, belajar bersungguh-sungguh, mengurangkan benda yanga tak perlu, mendisiplinkan diri dan lain-lain, sudah semestinya sangat sukar untuk kita memperoleh kejayaan. Ingat yer.. Allah suka hambaNya berusaha. Allah tengok pada usaha..Hasil bagus yang kita peroleh itu hanyalah sekadar anugerah yang diberikan olehNya. Takkan kekal lama. Namun sangat penting dalam kehidupan yang akan datang.
Buktikan keMAMPUan anda
dengan merealitikan TAHU dan MAHU itu.
apa yang ku bicarakan ini?huhu..harapnya dapatla sampai sedikit sebanyak maksudnya itu.
No comments:
Post a Comment