Monday, December 19, 2011

Percaya tak Allah memberi apa yang kita perlu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba waktu pagi pada hari ni terlintas di fikiran mengenai perjalanan diri ini dalam proses menuntut ilmu. Ianya lebih menjurus kepada apa yang berlaku setelah saya habis belajar atau kata lain cut yang sangat lama bagi mahasiswa dan mahasiswa. Alhamdulillah keputusan yang diperoleh insyaAllah menenangkan hati ibu bapa.

Seperti biasa, apabila seseorang telah tamat pengajian Sarjana Ijazah Muda, pasti memasang angan-angan samada untuk bekerja atau sambung belajar. Bagi saya yang telah tamat dalam bidang Psikologi, minat saya lebih cenderung untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang saya cita-citakan sewaktu 'Undergraduate' adalah ingin sambung dalam bidang Psikologi Klinikal ( boleh buat interventation, boleh deal dengan kanak-kanak/orang dewasa yang abnormal, dan yang berkait dengan psikaitri). Saya memang nekad. Bayangkan semasa praktikal dulu pun, saya memilih untuk LI di HUSM Kubang Kerian bawah Jabatan Pediatrik dan Psikiatri. Walaupun pada waktu tersebut, keluarga kami telah berpindah ke Ipoh. Betapa berazamnya saya untuk sambung bidang klinikal hingga cuba mengambil peluang ini untuk lebih tahu apa itu klinikal psikologi.Bidang bukanlah sesenang yang  disangka.Perlu kreatif, perlu kesabaran, empati dan pelbagai lagi...

Dijadikan kisah, saya ada memohon untuk menyambungnya di UKM. Alhamdulillah, peringkat pertama lulus.Kemudian kami dipanggil untuk temuduga. Seingat saya hanya 3,4 orang sahabat saya yang dapat sebab permohonan kami memang akan disaring kerana program ini agak sukar. Tunggu, tunggu, dan tunggu keputusan, setelah beberapa minggu, keputusan agak menyedihkan. Tapi alhamdulillah seorang senior kami berjaya mendapat tawaran ke sana. Sedih? Tipu la tak sedihkan. Tapi insyaAllah, adala tu rezeki kat tempat lain.Untuk pengetahuan, dalam kos ini, mereka lebih cenderung untuk memilih orang yang dah ada pengalaman kerja. Bayangkanla kami ni fresh lagi kot, konvo pon belum lagi..

Namun, dalam masa yang sama, boleh kata la, sepanjang cuti yang panjang tersebut, saya melakukan sedikit (banyak la,sampai naik loya menghadap komputer) pemerhatian dan kajian ke atas universiti-unversiti luar negara. Memang buat permohonan sana-sini. Padahal tak ambik lagi IELTS (tapi ada yang kata apply je.takde IELTS pon takpe). Sanggup turun Johor untuk apply dengan tunjuk ajar pensyarah saya. Kemudian balik kembali dan buat sendiri. Hasilnya, alhamdulillah menerima beberapa tawaran yang berkaitan dengan bidang yang saya minat. Kalau ikutkan hati, tak payah pi konvo pon takpe.sebab waktu yang ditawarkan tu mula bulan 9(Cuma kalau bulan 9, JPA dah tutupla biasiswanya.Kena tunggu tahun depan baru boleh mohon) .Sebelum ni terlalu rigid dengan Klinikal Psikologi, tapi selepas tu terbuka sedikit sebab pensyarah-pensyarah bagi cadangan saya untuk ambil bahagian kognitif (diorg suggest ni sbb, lecturer psikologi UTM takde lagi yang ambil Kognitif). Tak kisahla kan, saya memang minat pon benda-benda gini.Yang berkaitan dengan manusia ni..

Jeng3...Dalam dok seronok isi borang sana-sini, dapat surat tawaran fastrack PhD daripada UTM. Sudah! tak tau nak ambik mana satu dah. Abah umi ok je,diorang cenderung kepada kedua-duanya.Saya pada awalnya sangat2 cenderung untuk belajar di luar negara..Mungkin kerana nak cari suasana belajar di tempat baru.(Johor ni jauhla, banyak terlepas kenduri sedara mara!alasan takleh terima). Kemudian pergila interview.Pergi la turun Johor jap, pastu balik semula.Ingat lagi,saya sempat puasa hari pertama dan kedua di Johor (sedihnya..tapi tak mana, berbuka dengan lecturer,tidur rumah dia, mcm2 lagi).

Setelah beberapa hari/minggu (tak ingat)...
Surat tawararan dari luar negara dah dapat, tawaran dari UTM pon dah dapat. Mula gelisah balik.Adoi!nak ambil mana sattu ni.Takkan nk tiru beberapa kawan yang dapat tawaran dari UTM kemudian terus buang dalam 'dustbin'. Tidak-tidak,diri ini tak sekejam itu. Tau tak kenapa kami ni, budak-budak psikologi kurang berminat dengan tawaran ni?sebab ia bidang MANAGEMENT...ulang sekali lagi MANAGEMENT..kami ni dah la minat psikologi,tiba2 nak ambil bahagian tu plak..huhu...Tapi kan ,pada satu malam (bulan Ramadhan-benda ni berlaku dalam bulan yang sangat mulia)..muhasabah diri..."eh, aku ni nak sambung pelajaran, aku pon tak tahu mana yang lebih baik untuk aku.tanya orang sana sini nak tahu pendapat, TAPI!!!!! kenapa kau tak minta pendapat Allah plak???tak minta pertolongan Allah??Astagfirullahal'azim10x. Nampak sangat diri aku ni sombong".Bayangkan bulan puasa benda ni berlaku.Kenapa la tak minta bantuan Allah, buat istikoroh dalam nak buat keputusan ni awal2. Kan Allah lebih tahu yang mana lebih baik untuk kita.Kita tak mampu nak jangka masa depan, tapi tidak bagi Allah.Allah adalah sebaik-baik perancang..

Nak dijadikan cerita after istikarah, Now, here I am!At UTM. Teringat kembali bila ditanya oleh makcik-makcik dan akhwat-akhwat di Johor, "macam mana Iman, sambung ke tak kat UTM?" saya dengan yakin jawab 80% tak sambung kat UTM, nak sambung kat luar negara.Pergh!!!berazam benar..Tapi memang lawak pn ada, batch kami (maksud saya akhwat yang dah grad bulan 9 baru-baru ni) majoriti memang tak buat keputusan yang kukuh untuk masih menetap di UTM.tinggal beberapa orang yang boleh dikatakan Muharrikah.Memang makcik2, akak2 sangat risau. Kami memang tak terlepasla dari pujukan...Tapi tu la kan, berkat doa semua, yang memang klu ikutkan tak nk sambung belajar, sambung balik ke UTM, yang tak sambung belajar, bekerja kat UTM, yang sepesis mcm saya (saya sorang je kot) sambung balik kat UTM. Kami ramai kembali Tapi kemunculan kami dalam peringkat tinggi sikitla. Budak-budak postgrad la plak...

Kalau kisah di UTM, maksud saya bila menjadi pelajar postgrad, pastu fastrack, sangat banyak ujiannya.tapi tu sesi lain la kan....

Balik kepada tajuk di atas, 
Bila teringat balik, saya yakin, insyaAllah Allah tahu yang terbaik buat saya. Saya yakin bahawa keberadaan saya di Johor khususnya UTM adalah untuk terus berada dalam proses tarbiyah di sini.Untuk saya lebih dekat  dengan Allah. Untuk berjumpa dengan lebih ramai adik2 yang suci lagi bersih di UTM.untuk membantu mereka.Ni semua untuk persediaan saya di masa hadapan. Tak tahu nak jelaskan macam mana.Tapi yang boleh saya katakan, memang perancangan Allah sangat cantik, sangat terbaik. Bayangkan apa yang saya idamkan, saya rancang, dah dapat pon, tapi saya tak dapat apa yang saya nak, Allah bagi saya apa yang saya perlu.. Allah Maha Hebat..Nasihat saya kepada sesiapa sahaja, jangalah kita terlalu rigid dengan keputusan kita. Jangan sesekali membelakangi keputusan atau pertolongan daripada Allah.Mintalah pertolongan daripadaNya.Nescaya kita takkan menyesal.Mungkin kita tidak nampak apa kebaikannya, kenapa hidup kita diatur begini, tapi percayalah, insyaAllah kita akan pasti menemui hikmahnya. hikmah Allah kena cari dan fikir ye.Jangan tunggu je.Kalau tunggu je mmg tak dapat jumpala..

Ok.rasanya sekian untuk kali ni.Terlebih panjang plak menulis...Doakan saya dipermudahkan urusan ye..tengah writing proposal..kena hantar 20 Dec..Esok la wie...Allahumma yassir wala tu'assir watammim bilkhair

Assalamualaikum w.b.t

Sunday, December 18, 2011

kerja lambat

Assalamualaikum...

Setelah melalui semester baru, saya perhatikan bahawa pekerjaan saya agak lambat. Dalam masa yang sama saya yakin bahawa orang lain turut mengalami perkara yang sama bila mana faktor-faktor ini masih diamalkan dalam kehidupan seharian tidak kiralah sebagai seorang pelajar atau pekerja. Antaranya ialah:

1) membuat kerja 'last minute' (procrastination)
2) bangun tidur lambat atau kata lain tidak mulakan kerja di awal pagi
3) tidak tahu 'priority'
4) banyak masa dihabiskan dengan berbual kosong bersama-sama rakan
5) banyak tidur
6) tidak meletakkan matlamat apa yang ingin dilakukan setiap hari
7) membaca tetapi tidak tahu apa yang dibaca (maknanya tak berkesan la)
8) banyak tengok movie, you tube
9) membaca sesuatu yang tidak berkaitan
10) yang paling penting sekali, terlalu asyik dengan Facebook..Yang ni saya rasa perkara yang paling besar yang menjejaskan output seharian kita dalam melakukan kerja.

Faktor-faktor ini sekadar yang dilalui oleh penulis serta berdasarkan pemerhatian secara rambang.