Sunday, February 27, 2011

Pantasnya masa berlalu..


Assalamualaikum w.b.t.
Setelah lama meninggalkan blog ini dalam 4bulan lebih kerana tidak mempunyai 'mood' untuk menulis. Kenapa takde 'mood'?Ntahla...Masih mencari-cari diri yang sebenar kah?Hmm, juga tiada jawapan..

Sedar tak sedar dah nk masuk bulan Mac dah..huh..Hampir dua bulan naik turun HSA(Hospital Sultanah Aminah JB) untuk minta kebenaran bermula akhir bulan November 2010. Alhamdulillah akhirnya pertengahan bulan Januari baru dapat kebenaran untuk membuat kajian.Ke sana ke mari surat kebenaran dari UTM.Haish..Katanya tajuk yg dibuat itu tajuk sensitif..Sensitif ek? Sensitifla kot..Almaklumla berkenaan dengan BULI di kalangan jururawat. Tajuk PSM yang pada awalnya ditolak oleh kawan-kawanku yang lain apabila dicadangkan oleh DR.Ishak..Kenapa diri ini boleh ambil tajuk ni?Sesungguhnya jawapannya ialah tidak tahu. Apa yang diri ini tau ialah diriku ini suka menyahut cabaran dan percaya bahawa pasti ada hikmahnya. 

Apabila sudah mendapat kebenaran, mulala nak edarkan soal selidik.Tapi....tak dapat nak edar sendiri.Kena melalui sister..huh!gementar gak kena melalui matron terlebih dahulu.Bertemankan dengan kak umi pergi ke pejabat pengarah, pastu masuk bilik mesyuarat. Sebelum masuk, ingatkan jumpa sorang jer matron, rupanya ramai pulak dalam bilik tu.Mendebarkan.Tak rugi masuk, diorang siap bagi cadangan untuk buat kat wad yang lain sama( yang ada keberangkalian tinggi menghadapi buli).Tapi Alhamdulillah setelah itu semuanya telah berjalan dengan lancar. Tapi disebalik kisah ini, ada juga kisah yang sedih yang mana tiket bas terpkasa 'burn rm70' gitu sahaja.Dah nak settle PSM punya pasal.Memang dugaan..Terpaksalah balik lewat daripada orang lain (ni masa CNY). 

Sementara nak tunggu balik (dalam 2 hari gak tunggu), g bersiar-siar dgn geng SIAT dalam UTM..SIAT?sape tu??adala...orang lain shopping kat JJ, kami shoping kat Meranti je.hehe..Nak naik kuda, tapi tak boleh plak dekat dengan pertandingan...Petang sebelum naik bas waktu malam tu, g makan steamboat dengan akhwat.kat Mutiara Rini.(ni permintaan A yang nak sangat g.hehe).Pergila ramai2.Sempat lagi kot gi makan padahal malam tu I dan J dah nak naik bas. Bayar Rm18, kami target ambil seafood la..tp tak mkn byk pon..Aiskrim jer yg byk kena kebas.YUMMY..Smpai ada org tu kata nk seludup bawa balik..huhu..makan punya makan, tengok jam, ha!, mula la kalut nak balik. Mana taknya barang tak siap lagi..Itu la.ralik sangat.Kami pon bergegas pulang ke UTM..Sampai la scene nak tunggu bas. Hujan!.huh..tapi memang best la kali ni balik geng SIAT ada.tapi tak cukup sorg..S takde..sedih gak.Tp jujur saya katakan memang rasa sedih nak tinggalkan S.A.T yang lain.Siap hantar sampai ke bas.bukan senang dapat suasan mcm ni..Uhibbukunna fillah abadan abada.

Okey, next tragedy happened when I arrived home...Tp serious,mmg cantikla susunan Allah...smpai kat rumah dalam pukul 5pg... ok lagi waktu ni.Tp bila dah menghampiri pukul 6, hmm,ape pasal perut memulas semacam je.Mula2 ok lagi.Tp lama2, makin sakit perut, keluar masuk jumpa DR. Tan...hmm,ni tak boleh jadi ni.turunla kat bawah.bgtau kat umi yang sakit perut..huhu..tak lama lepat tu, mmg buat date dgn MR. Tan betul la. Kalau stakat 'diarrhoea' tak perla, tapi ni selang seli dgn 'vomit'.hmm, mmg lembik terus la wei..mmg tak terkata la letihnya + sakit..Perut umpama ditarik2..dah lama tak alami situasi mcm ni.Mmg nak tdo pon tak bolehla..Umi abah bawa g klinik, bila diperiksa,kena FOOD POISONING..nah kena injection 1..ngeri btol la..hehe..Terima kasih umi abah dan adik2 yang bantu kak iman masa kena dating dgn DR.Tan...

Itu yg berlaku kat diriku..Tp dalam masa yg sama, kesian juga pada adikku Hani yang ada kat Mansourah masa tu. Umi abah kena tengok anak yang sakit kat Malaysia sorang, yang sedang berjuang kat Mesir sorang( berjuang dengan perasaan takut).Tp kak iman tabik spring la kat hani..Hani mmg sangat tabah.Tak taula kalau kak iman kat sana macam mana.Orang lain pakat kalut nak balik, tapi Hani masih mampu berkata tak balik takper. Risau menyusahkan umi abah.Kiranya mcm ikut "MUKHAYYAM" la yer kat sana..Sekarang mek ni ada dah kat Malaysia,selamat sampai.Huh!sedihnya. Nak jumpa demo.Bila Hani minta balik, lagi sedih kakakmu ini.Hani dah nak balik ke MEsir.aduh..I miss u so much sis!!!u gonna make me sad..Banyak sangat kerja yg kakakmu kena hadapi di sini dengan exam, PSM, ujian, assignment dan macam2 lagi.Yang penting ada juga aktiviti yg dilakukan selain kesibukan dunia ni yang dapat bagi saham padaku di akhirat nanti.InsyaAllah.

Ok2..sambung balik hal PSM..hmm, dengan bantuan sorang sister, sebanyak 130 soal selidik telah diedarkan...Sister kata jumpa balik dalam 2 minggu lagi..haish..lambat la dapat keputusan jawapnya..Habis la planning atau time line ak nih..mmg kena ubah la..Alhamdulillah, 2 minggu telah berlalu...cuba teka...berapa bilangan soal selidik yang diperoleh balik???...Teka2..Alhamdulillah, dapat balik 125..hilang 5 je (dah gtau jawapan, tak jadila teka teki jawabnya!)..lega sangat2..ambik waktu pagi kat HSA, waktu petang dalam pukul 3.30 p.m lebih key in data guna SPSS..haish..banyak sih!nak termuntah rasa tengok laptop lama2..tak berhenti key in data.bila maghrib berhenti jap..saja nak menduga Kak Am..Me: cuba teka iman dah key in berapa? Kak Am : dalam 40...Me: hehe.80 kak am..ngeh2..terkejut Kak Am dibuatnya..Mcm mana ek nak kata, dalam ape2 yg kita buat, kita kena ada 'determination' + ada skill utk mempercepatkan proses 'key in'..45 lagi yang tinggal..aduh kena cepat ni..nak habiskan malam ni gak!!!..nak g dengar Dialog Kerana Aku Beriman, Aku Bertanya' kat KTHO..ha, lupa nk gtau, kak Adah ada ziarah petang tu,mmg dia nmpak keadaan ku yg tengah khusyuk + serabut 'key in' data.hehe..Malam tu, SMS la kak Dayah J, tanya g tak sana.hehe.Boleh tahan lambat gak kak ku yg ni balas SMS.hmm, sementara tunggu SMS dia, siapkanla baki 45 ni lagi..She reply my msg...nk cakap kat dia,yg nk tumpang motor dia sebenarnya.hehe.Alhamdulillah dapat..dengan cepatnya selesaikan key in data, Alhamdulillah selesai.Fuh!!!!lega yg teramat.Tp letih tu still ada la kan.Sbb all out hari tu..Tp yg bestnyer, key in data siap, dialog tu pon dapat g..Love in it! 2 tasks can be done within a few hours..

Hoho...esokkan hari, buat temu janji dengan Dr.Ishak..hehe..I want to finish all of this thing by today..personally, Dr Ishak is a good supervisor + lecturer..sanggup, ajar student dia yg ni yg tak reti nak analyze data selama 2 jam..tp takder la tunjuk semua. Dr. tunjuk sikit, yg lain buat sendiri la..Tp, Alhamdulillah dalam masa 2 jam tu, ak dapat analyze kesemua data atau kata lain, semua Research Question (RQ) terjawabla...so tunggu nak writing je la..Alhamdulillah sekali lagi..At least, I'm on track..Time line yg dibuat awal2 dulu kira dah tercapaila..Sebenarnya nikmat Allah ini sangat luas.Allah sangat suka dan sayang kepada hambaNya yg sentiasa mengharap kepadaNya.Segala hasil baik  atau ujian yg kita tempuhi ini sebenarnya terdapat hikmah disebaliknya.Hikmah dapat dicari bagi orang yang berfikir..Byk2kanla bersyukur kepadaNya.

Maka tibala minggu ni, tup-tup akhir bulan Februari dah..Erkk..tarikh nak hantar PSM dah nak dekat.Me dan sahabat2 masih berjuang habis-habisan. Ada yg masih berjuang mengutip maklum balas lecturer dll. Dalam masa yg sama, kami turut kena hadapi dengan pelbagai assignment yang semakin menghampiri 'due date'nya, test yang tidak putus2 serta presentation yang ada setiap minggu.Itu baru kehidupan sebagai FINAL YEAR STUDENT..ko ingat UTM senang2 nak lepaskan ko..UTM nk jadikan student dia berkualiti la..tempuh je la ujian dunia ni yg sementara..

Untuk makluman,  pada 23 MAC 2011 telah ditetapkan bahawa PSM lengkap perlu di hantar kepada PENYELIA dan PENILAI masing-masing. No Compromise!!! Pada 14 & 15 APRIL 2011 telah ditetapkan bahawa tarikh untuk PEMBENTANGAN PSM masing-masing..Huh..tik tok tik tok..pantasnya masa berlalu..

tapi itulah realitinya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini..masa di dunia ini hanya sementara. masa yang sebenar itu ialah apabila kita dibangkitkan...


" Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), maka mereka merasakan seakan-akan hanya ( sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari"
 [An-nazi'at: 46] 

Kesimpulannya, apa yang kita lakukan mestilah ada perangcangan..Perancangan tu, bukan sekadar mengenai hal dunia sahaja, tapi mestilah kena ada juga perancangan yang dapat memberi kita saham di akhirat.

Jika kita rasa kita susah, siapa lagi susah jika dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah serta sahabat-sahabat dan pejuang Islam yang lain yang sanggup berjihad di jalanNya. 

Jika kita masih disibukkan dengan hal dunia, sebenarnya kita tidak layak untuk mengatakan yang kita sibuk jika kita masih mampu untuk membuka FB, menonton movie Korea dll..

Ingatlah..ingatlah..Yang sebenarnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara. Allah telah mengumpamakan yg hidup di dunia ni hanyalah sepetang atau sepagi atau kata lain kalau pagi bermula 6 pagi 12 tgh hari atau petang bermula pukul 12 lebih hingga pukul 6 ptg...Tidakkah kita rasa cukup amalan kita kat dunia ni yg mana yg mampu menajdi bekalan kita kat akhirat nanti yang kekal selamanya???kurangkanlah benda2 yg lagho sahabat2..banyakkanlah amal2 yg mampu mendekatkan kita kepada Allah...

Bittaufiq wannajah to all my friends...Smoga sgala urusan kita dipermudahkan...

Wednesday, January 5, 2011

Apa yang memotivasikan anda

Pada 5 hb Januari yang lepas, pensyarah kesayangan 2SHY yang telah mengajarkan kami selama 3sem telah meminta kami untuk membuat tugasan mengenai "apa yang memotivasikan diri anda"..pendekatan pengajarannya pada kali ini adalah amat menarik. Kami pelajar 2 SHY, masing-masing bersemangat untuk menulis.Ada yang kata mcm tulis luahan hati dan mcm2 ragam lagi la.


Tiba pada hari ini,iaitu 7hb, kelas psikologi organisasi, kami diminta oleh DR ISHAK untuk membentangkan apa yang kami tulis. Namun tidak semua yang sempat membentangkannya.



Dimulai oleh Ah Kit, yg menyatakan apa yang memotivasikan dia,tp yg lawaknya, dia bukan baca yg dia punya, dia gi baca yg Yong Han punya . Faktor yg memotivasikan dia adalah duit. Kami tergelak dengan apa yang dilakukannya. Kemudian diikuti oleh Salimah,bg Salimah ibu bapa yg memotivasikannya. Seterusnya diteruskan oleh Siti Aminah. Waktu ini kami agak sebak. Siti ingin membalas jasa bapanya. Sedekahkan al-fatihah buat bondanya yg telah pergi. Smoga ibunya berbangga kerana dapat melahirkan anak yg baik dan solehah.Seterusnya diteruskan oleh Syakirim,lawak-lawak dia pon,tp time ni dia serius.bagus2. Beliau ingin buktikan bahawa anak nelayan juga boleh berjaya.Teruskan cita2 dan semangat itu. Setelah itu, Choon pula berbicara, beliau menyatakan tentang matlamat yang terdekatnya ialah untuk mendapat 1st degree dan matlamat jangka pjgnya ialah dapat menjadi pensyarah. Beliau turut menyatakan minatnya terhadap psikologi juga menjadikannya semangat untuk bljr. Beliau dan rasanya semua 2 SHY suka akan kos ni,seronok dll.Kemudian ialah Natalia, beliau mengatakan yang beliau jenis yang akan memaksa dirinya untuk menyudahkan sesuatu pekerjaan. Takkan tidur slagi tak sudah baca apa yang ditarget. Selain itu, akan memukul dirinya jika tidak melakukan apa yang dah dirangcangkan. Seterusnya ialah Ma Li, roomate Natalia, lawak2,beliau mengatakan yg roomatenya pernah membalingnya mainan supaya dia terjaga dr tidur sewaktu ulangkaji untuk final exam.Ma Li amat menghargai roomatenya yang banyak membantunya belajar, yang menjadi tutor dll. Giliran Nurul Farhana( geng kamcing), ni lagi sorg,siap masukkan teori.huhu.takleh bla. Ana memberitahu bahawa ibu bapanya adalah sumber semangat untuknya. Ibu bapanya memesan supaya jgn meletakkan target yang tidak mampu kita capai.Ini spy kita tidak akan rasa tertekan dan rasa putus asa. Akhir sekali ialah Siti Khadijah (geng kamcing) ,menyatakan ingin membalas jasa ibu bapanya...


Dpt disimpulkan bahawa semua ada motivasi yang tersendiri. Semua tidak melupakan ibu bapa yang telah bertungkus lumus membesar dan menghantar ke universiti. Dan kepada Ina, tabikla,bersemangat cari temapt untuk print out tugasan..I love my classmates. Semua baik-baik..seronok..Iman doakan semua berjaya dalam kehidupan,tak kira di dunia mahupun di akhirat.


Sekarang giliran ana pula menceritakan apa yg memotivasikan diri ana. Memang pjg,tp sudi2la mebaca,mana tau dapat membantu diri anda..(frust tak dpt present.haha)


Bermula dengan pengalaman-pengalaman yang lepas sebelum memasuki UTM. Pada waktu sekolah menengah saya selalu belajar last minute ini disebabkan saya terlalu aktif berpesatuan, tetapi Alhamdulillah setiap keputusan adalah baik. Saya tahu bahawa belajar last minute tidak akan selama-lamanya menghasilkan keputusan yang baik dan mugkin pada satu hari ada juga yang kita tidak akan dapat keputusan yang baik. Allah sentiasa uji hambaNya supaya sedar dari zon yang selesa. Cuma saya agak terkesan selepas SPM. Ramai sahabat-sahabat saya dapat menyambungkan pelajaran ke luar negara mengambil bidang kedoktoran dan doktor gigi. Saya merasa sedih kerana tidak dapat masuk ke bidang tersebut dan tidak dapat melanjutkan pelajaran bersama mereka. Saya sedih kerana saya sebelum ini meminati bidang kedoktoran. Saya yakin dan tahu bahawa ini disebabkan belajar di akhir waktu dan terlalu aktif sehingga tidak pandai menguruskan masa.

Setelah itu, saya memasuki matrikulasi, saya masih mengulangai perkara yang sama saya lakukan di sekolah menengah. Sedangkan saya sudah berjanji tidak mahu mengulanginya kembali. Umi dan abah selalu berpesan jangan ulangi kesilapan yang lama dan sering memberitahu dan meyakini bahawa yang anak mereka ini sebenarnya mampu. Namun situasi di matrik rupa-rupanya lebih mencabar. Bayangkan belajar dalam masa 1 tahun sahaja, dan dengan cara saya yang study last minute, memang semestinya tidak menjadila. Selain itu, pada waktu di matirk, saya tidak dapat menguruskan masalah yang dihadapi hinggakan sedikit sebanyak menjejaskan keputusan peperiksaan.

Perubahan berlaku apabila saya memasuki UTM. Saya tanamkan azam yang baru iaitu ingin meninggalkan segala tabiat saya yang lama. Memang benar kata orang, belajar dari kegagalan dan pengalaman adalah guru yang terbaik untuk menyedarkan diri sendiri. Saya memang bertekad untuk mengubah cara belajar saya. Apabila melihat serta teringat sahabat-sahabat melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya pun jadi bersemangat untuk belajar. Saya mesti dan boleh berjaya seperti mereka juga walaupun saya tidak mengambil bidang perubatan. Mungkin orang yang berdekatan tahu mengapa saya teramat berkeinginan untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang klinikal psikologi. Di samping bidang itu adalah payah dan memang orang Islam adalah sikit dalam bidang itu. Apa yang saya lakukan ialah cabar diri sendiri untuk menghabiskan semua buku atau silibus yang akan memasuki perperiksaan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Saya akan mengulangi apa yang saya baca dan hafal. Meghampiri peperiksaan, saya akan tidur sebelum pukul 12 malam dan bangun di wal pagi untuk mengulangi apa yang dihafal. Selain itu, senjata untuk memberi semangat dan kekuatan pada saya dan umat Islam ialah solat hajat sebanyak yang mungkin, doa bersungguh-sungguh dan mohon padaNya. Banyakkan mengharap pada Allah, yakini dengan janji Allah. Berusaha bersungguh-sungguh sebelum bertawakkal. Ia berkait rapat dengan prinsip saya iaitu jangan berputus asa selagi ada masa untuk berusaha. Berusaha sehabis mungkin selagi terdaya dan mempunyia masa dalam semua perkara yang dilakukan. Orang lain boleh,mengapa saya tidak boleh? Hidup ini satu perjuangan. (Blog).

Seterusnya, sebagai anak sulung, saya seharusnya menjadi contoh yang baik kepada adik-adik saya. Saya mempunyai 8 orang adik di bawah saya. Takkan saya nak memberi pengaruh yang tidak elok kepada adik-adik. Dengan menjadi contoh kepada adik-adik, ia dapat memberi semangat kepada adik-adik. Saya mesti percaya yang saya mampu buat dan yang menjadikan tidak boleh sebelum ini ialah sebab MALAS dan tidak belajar di awal waktu. Saya selalu memotivasikan diri sya dengan mencabar diri saya. Yang paling penting ialah, saya sentiasa mendapat sokongan daripada umi dan abah. Mereka sentiasa bagi motivasi dan semangat. Umi selalu kata “ Iman always do the best”, Abah “ study hard, study smart and always think positive”. Semakin menghampiri peperiksaan, semakin kerap saya telefon umi dan abah serta bercakap dengan adik-adik. Setiap kali telefon, ada sahaja kata-kata semangat yang diberikan. Maka bertambah semangatlah saya dan sedar apabila diri ini terleka. ‘I CAN DO IT!”

Sebagai seorang muslim, apa-apa yang dilakukan mestilah mempunyai niat. Saya cuba tanamkan dalam diri saya yang saya belajar adalah kerana Islam, ingin membantu Islam. Walaupun saya tidak dapat menjadi seperti Ibnu Sina, al-khawarizmi dan lain-lain, paling kurang saya mestilah sumbangkan sesuatu untuk Islam. Itu pun dah cukup bagus.InsyaAllah. saya berpegang pada firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 :’Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkanmu. Disebabkan ayat ini jugalah saya tidak kisah saya aktif dalam kelab Iqra’ sekarang. Saya yakin dnegan janji Allah. Yang penting ialah saya tahu dan pandai menguruskan masa. Sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai seorang Islam adalah melebihi dari waktu yang kita ada. Kalau ada masalah,berada dalam keadaan resah dan tidak tenteram, mengadulah pada Allah, bnyakkan membaca al-Quran dan berbuat baik dengan semua orang. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita. Believe that you can do it Iman! Saya berdoa semoga saya serta semua kawan-kawan saya turut berjaya. Amin.

Sunday, November 21, 2010

Berdebar....


Ya Allah, ketika ini jantung hambaMu sangat berdegup kencang...sesak nafas dapat dirasakan..
Diriku menjadi tidak tenang lebih-lebih lagi pada waktu ini...
3 paper straight tanpa ada selang masa membuatku menjadi lebih sesak..
Itu belum termasuk paper yang akan datang..
Jika memerlukan bacaan yg sedikit, tak mengapa, tapi ini banyak..
Baca sahaja tidak cukup, perlu untuk memahaminya juga..

Dalam masa yang sama juga, ku merindui keluargaku...
belum pernah sepanjang di UTM, ku pulang pada study week..
mmg parah kesannya..huhu

Tabahkanlah diriku ini....
Bagikanlah ku kekuatan..kekuatan menempuh cabaran duniawi ini...
Aku ingin menjadi insan yg membahagiakan ibu bapa dan keluargaku...
aku ingin menjadi insan yang luar biasa...insyaAllah..

you can do it IMAN!!!!
you can do it IMAN!!!!
you can do it IMAN!!!!

Buangkan dari fikiran mu perkara-perkara yang tidak berkaitan serta yg akan melemahkan mu....

Study HARD and SMART!!!
Yang penting usaha...
Jangan menyerah serta berputus asa selagi masih berkemampuan!!!
CUBA!CUBA!CUBA!!!!
POSITIVE THINGKING!!!!!!!!

Doakan urusanku ini dipermudahkan...serta diberi ketenangan...
Hanya padaMu ku mengharap dan memohon...

2minggu ni je la, nk tumpu betul-betul..CONCENTRATE!!!!!!!

Tuesday, November 16, 2010

Langit dan Awan


Subhanallah!Subhanallah!Subhanallah!
Cantik, indah, sangat agung penciptaan langit, awan dan alam sekeliling.
Tidak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata.

Rugilah orang yang tidak cuba untuk membuka
mata untuk melihat ciptaanNya,
telinga untuk mendengar bunyi ciptaanNya,
hidung untuk membau wangian ciptaanNya,
akal fikiran untuk memikirkan keindahan serta bagaimana canggihnya ciptaanNya,
 hati untuk mempercayai akan kekuasaanNya di alam ini.

Masih tidak cukupkah bukti untuk kita bagi
mempercayai, meyakini, beriman serta beramal apa yang disuruh oleh Allah???
KekuasaanNya, KehebatanNya, KeagungaNya
sudah terang lagi bersuluh.
Tidak perlu tunggu berlakunya perkara yang LUAR BIASA barulah kita beriman denganNya.
Salah sesekali salah.
Cukuplah dengan melihat alam sekeliling.
Melihat bagaimana ia dijadikan, proses-proses yang terlibat dan bermacam-macam lagi.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan mematuhi suruhanNya.


Bermula dengan ini

di padang UTM sewaktu riadah

 di tasik UTM (berdekatan dengan pusat kesihatan)

 sewaktu menaiki insyirah (berada di bahagian depan)




 perjalanan ke Terengganu