Pada 5 hb Januari yang lepas, pensyarah kesayangan 2SHY yang telah mengajarkan kami selama 3sem telah meminta kami untuk membuat tugasan mengenai "apa yang memotivasikan diri anda"..pendekatan pengajarannya pada kali ini adalah amat menarik. Kami pelajar 2 SHY, masing-masing bersemangat untuk menulis.Ada yang kata mcm tulis luahan hati dan mcm2 ragam lagi la.
Tiba pada hari ini,iaitu 7hb, kelas psikologi organisasi, kami diminta oleh DR ISHAK untuk membentangkan apa yang kami tulis. Namun tidak semua yang sempat membentangkannya.
Dimulai oleh Ah Kit, yg menyatakan apa yang memotivasikan dia,tp yg lawaknya, dia bukan baca yg dia punya, dia gi baca yg Yong Han punya . Faktor yg memotivasikan dia adalah duit. Kami tergelak dengan apa yang dilakukannya. Kemudian diikuti oleh Salimah,bg Salimah ibu bapa yg memotivasikannya. Seterusnya diteruskan oleh Siti Aminah. Waktu ini kami agak sebak. Siti ingin membalas jasa bapanya. Sedekahkan al-fatihah buat bondanya yg telah pergi. Smoga ibunya berbangga kerana dapat melahirkan anak yg baik dan solehah.Seterusnya diteruskan oleh Syakirim,lawak-lawak dia pon,tp time ni dia serius.bagus2. Beliau ingin buktikan bahawa anak nelayan juga boleh berjaya.Teruskan cita2 dan semangat itu. Setelah itu, Choon pula berbicara, beliau menyatakan tentang matlamat yang terdekatnya ialah untuk mendapat 1st degree dan matlamat jangka pjgnya ialah dapat menjadi pensyarah. Beliau turut menyatakan minatnya terhadap psikologi juga menjadikannya semangat untuk bljr. Beliau dan rasanya semua 2 SHY suka akan kos ni,seronok dll.Kemudian ialah Natalia, beliau mengatakan yang beliau jenis yang akan memaksa dirinya untuk menyudahkan sesuatu pekerjaan. Takkan tidur slagi tak sudah baca apa yang ditarget. Selain itu, akan memukul dirinya jika tidak melakukan apa yang dah dirangcangkan. Seterusnya ialah Ma Li, roomate Natalia, lawak2,beliau mengatakan yg roomatenya pernah membalingnya mainan supaya dia terjaga dr tidur sewaktu ulangkaji untuk final exam.Ma Li amat menghargai roomatenya yang banyak membantunya belajar, yang menjadi tutor dll. Giliran Nurul Farhana( geng kamcing), ni lagi sorg,siap masukkan teori.huhu.takleh bla. Ana memberitahu bahawa ibu bapanya adalah sumber semangat untuknya. Ibu bapanya memesan supaya jgn meletakkan target yang tidak mampu kita capai.Ini spy kita tidak akan rasa tertekan dan rasa putus asa. Akhir sekali ialah Siti Khadijah (geng kamcing) ,menyatakan ingin membalas jasa ibu bapanya...
Dpt disimpulkan bahawa semua ada motivasi yang tersendiri. Semua tidak melupakan ibu bapa yang telah bertungkus lumus membesar dan menghantar ke universiti. Dan kepada Ina, tabikla,bersemangat cari temapt untuk print out tugasan..I love my classmates. Semua baik-baik..seronok..Iman doakan semua berjaya dalam kehidupan,tak kira di dunia mahupun di akhirat.
Sekarang giliran ana pula menceritakan apa yg memotivasikan diri ana. Memang pjg,tp sudi2la mebaca,mana tau dapat membantu diri anda..(frust tak dpt present.haha)
Bermula dengan pengalaman-pengalaman yang lepas sebelum memasuki UTM. Pada waktu sekolah menengah saya selalu belajar last minute ini disebabkan saya terlalu aktif berpesatuan, tetapi Alhamdulillah setiap keputusan adalah baik. Saya tahu bahawa belajar last minute tidak akan selama-lamanya menghasilkan keputusan yang baik dan mugkin pada satu hari ada juga yang kita tidak akan dapat keputusan yang baik. Allah sentiasa uji hambaNya supaya sedar dari zon yang selesa. Cuma saya agak terkesan selepas SPM. Ramai sahabat-sahabat saya dapat menyambungkan pelajaran ke luar negara mengambil bidang kedoktoran dan doktor gigi. Saya merasa sedih kerana tidak dapat masuk ke bidang tersebut dan tidak dapat melanjutkan pelajaran bersama mereka. Saya sedih kerana saya sebelum ini meminati bidang kedoktoran. Saya yakin dan tahu bahawa ini disebabkan belajar di akhir waktu dan terlalu aktif sehingga tidak pandai menguruskan masa.
Setelah itu, saya memasuki matrikulasi, saya masih mengulangai perkara yang sama saya lakukan di sekolah menengah. Sedangkan saya sudah berjanji tidak mahu mengulanginya kembali. Umi dan abah selalu berpesan jangan ulangi kesilapan yang lama dan sering memberitahu dan meyakini bahawa yang anak mereka ini sebenarnya mampu. Namun situasi di matrik rupa-rupanya lebih mencabar. Bayangkan belajar dalam masa 1 tahun sahaja, dan dengan cara saya yang study last minute, memang semestinya tidak menjadila. Selain itu, pada waktu di matirk, saya tidak dapat menguruskan masalah yang dihadapi hinggakan sedikit sebanyak menjejaskan keputusan peperiksaan.
Perubahan berlaku apabila saya memasuki UTM. Saya tanamkan azam yang baru iaitu ingin meninggalkan segala tabiat saya yang lama. Memang benar kata orang, belajar dari kegagalan dan pengalaman adalah guru yang terbaik untuk menyedarkan diri sendiri. Saya memang bertekad untuk mengubah cara belajar saya. Apabila melihat serta teringat sahabat-sahabat melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya pun jadi bersemangat untuk belajar. Saya mesti dan boleh berjaya seperti mereka juga walaupun saya tidak mengambil bidang perubatan. Mungkin orang yang berdekatan tahu mengapa saya teramat berkeinginan untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang klinikal psikologi. Di samping bidang itu adalah payah dan memang orang Islam adalah sikit dalam bidang itu. Apa yang saya lakukan ialah cabar diri sendiri untuk menghabiskan semua buku atau silibus yang akan memasuki perperiksaan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Saya akan mengulangi apa yang saya baca dan hafal. Meghampiri peperiksaan, saya akan tidur sebelum pukul 12 malam dan bangun di wal pagi untuk mengulangi apa yang dihafal. Selain itu, senjata untuk memberi semangat dan kekuatan pada saya dan umat Islam ialah solat hajat sebanyak yang mungkin, doa bersungguh-sungguh dan mohon padaNya. Banyakkan mengharap pada Allah, yakini dengan janji Allah. Berusaha bersungguh-sungguh sebelum bertawakkal. Ia berkait rapat dengan prinsip saya iaitu jangan berputus asa selagi ada masa untuk berusaha. Berusaha sehabis mungkin selagi terdaya dan mempunyia masa dalam semua perkara yang dilakukan. Orang lain boleh,mengapa saya tidak boleh? Hidup ini satu perjuangan. (Blog).
Seterusnya, sebagai anak sulung, saya seharusnya menjadi contoh yang baik kepada adik-adik saya. Saya mempunyai 8 orang adik di bawah saya. Takkan saya nak memberi pengaruh yang tidak elok kepada adik-adik. Dengan menjadi contoh kepada adik-adik, ia dapat memberi semangat kepada adik-adik. Saya mesti percaya yang saya mampu buat dan yang menjadikan tidak boleh sebelum ini ialah sebab MALAS dan tidak belajar di awal waktu. Saya selalu memotivasikan diri sya dengan mencabar diri saya. Yang paling penting ialah, saya sentiasa mendapat sokongan daripada umi dan abah. Mereka sentiasa bagi motivasi dan semangat. Umi selalu kata “ Iman always do the best”, Abah “ study hard, study smart and always think positive”. Semakin menghampiri peperiksaan, semakin kerap saya telefon umi dan abah serta bercakap dengan adik-adik. Setiap kali telefon, ada sahaja kata-kata semangat yang diberikan. Maka bertambah semangatlah saya dan sedar apabila diri ini terleka. ‘I CAN DO IT!”
Sebagai seorang muslim, apa-apa yang dilakukan mestilah mempunyai niat. Saya cuba tanamkan dalam diri saya yang saya belajar adalah kerana Islam, ingin membantu Islam. Walaupun saya tidak dapat menjadi seperti Ibnu Sina, al-khawarizmi dan lain-lain, paling kurang saya mestilah sumbangkan sesuatu untuk Islam. Itu pun dah cukup bagus.InsyaAllah. saya berpegang pada firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 :’Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkanmu. Disebabkan ayat ini jugalah saya tidak kisah saya aktif dalam kelab Iqra’ sekarang. Saya yakin dnegan janji Allah. Yang penting ialah saya tahu dan pandai menguruskan masa. Sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai seorang Islam adalah melebihi dari waktu yang kita ada. Kalau ada masalah,berada dalam keadaan resah dan tidak tenteram, mengadulah pada Allah, bnyakkan membaca al-Quran dan berbuat baik dengan semua orang. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita. Believe that you can do it Iman! Saya berdoa semoga saya serta semua kawan-kawan saya turut berjaya. Amin.
No comments:
Post a Comment