Thursday, June 17, 2010

Islam Pelopor Sains Forensik



dipetik daripada mymetro 18/6/2010 yang ditulis oleh seorang guru


FORENSIK masih baru dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu namun kini kosa kata ini semakin dikenali ramai kerana sering digunakan dalam media massa.
Kita tentu ingat siri televisyen popular Crime Scene Investigation (CSI) yang meninggalkan impak kepada masyarakat mengenai kepentingan penggunaan forensik dalam penyiasatan.

Hakikatnya, bidang forensik ini bukan baru kerana catatan sejarah menunjukkan penggunaan sains forensik mula dikesan kira-kira 2,200 tahun lalu iaitu pada zaman Greek. Dikatakan bahawa seorang tokoh pemikir terulung Yunani, Archimedes menggunakan pendekatan penyerapan air bagi membezakan emas tulen yang mempunyai ketumpatan berbeza dengan kandungan emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh beliau itu dianggap sebagai catatan terawal tentang penggunaan sains forensik dalam menegak kebenaran.

Sebenarnya, ada suatu peristiwa menarik yang telah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang boleh dianggap sebagai penggunaan kaedah forensik dalam membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan. Dikisahkan bahawa terdapat seorang wanita yang telah jatuh hati terhadap seorang lelaki Ansar. Dia mencuba pelbagai cara untuk menggoda lelaki berkenaan, namun usahanya gagal. Dia tidak berputus asa dan terus mencuba. Akhirnya wanita itu mensabitkan lelaki Ansar itu dengan tuduhan merogol. Wanita itu menggunakan sebiji telur yang dibuang bahagian kuning telurnya. Putih telur itu disapukan pada pakaian dan kakinya. Kemudian dengan lagak berpura-pura berada dalam situasi yang tertekan, wanita itu pergi menghadap Umar al-Khattab mengadu yang dia telah dirogol lelaki Ansar itu.

Khalifah Umar tidak tergesa-gesa menerima bulat-bulat aduan wanita berkenaan sebaliknya mengambil pendekatan syura dengan merujuk kes itu kepada beberapa wanita lain. Keputusannya semua wanita yang dirujuk itu bersetuju bahawa kesan pada pakaian dan kaki wanita itu ialah kesan air mani. Apabila pandangan syura itu disampaikan kepada Umar, maka beliau telah bersedia untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki Ansar tersebut. Bagaimanapun, lelaki Ansar itu tetap berkeras mengatakan yang dia tidak bersalah dan tidak sesekali melakukan kerja terkutuk itu. Kemudian Khalifah Umar terbuka hati untuk merujuk kes berkenaan kepada Saidina Ali Abi Talib. Ali meneliti kesan yang dikatakan sebagai air mani itu. Selepas membuat penelitian rapi, Saidina Ali mengarahkan dibawa air yang mendidih. Air panas itu kemudian dituangkan ke atas kesan pada pakaian wanita tersebut. Apa yang berlaku selepas itu? Ya, didapati kesan yang dikatakan air mani itu mengeras menjadi pepejal putih. Bukan setakat itu saja dilakukan Saidina Ali dalam usaha menentukan sama ada kesan pada pakaian wanita itu betul-betul air mani sebagaimana didakwa. Saidina Ali telah menghidu dan merasa bahan yang mengeras itu dan mengesahkan yang kesan itu sebenarnya bukan air mani sebaliknya telur putih. Akhirnya, wanita berkenaan telah membuat pengakuan bahawa dia telah berbohong.

Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa apa yang dilakukan Saidina Ali adalah proses sains forensik sehingga berjaya membebaskan seorang lelaki yang tidak bersalah akibat tuduhan liar wanita yang tergila-gilakannya. Juga dapat diiktiraf bahawa Saidina Ali adalah pelopor kaedah sains forensik dalam tamadun Islam. Sebenarnya Islam telah menggariskan satu sistem keadilan serba lengkap dengan piawaian keadilan sentiasa diutamakan. Bermula dengan penyiasatan disusuli dengan pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah kepada soal penghakiman, Islam sangat mentitikberatkan keadilan. Dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w terdapat begitu banyak yang memperkatakan aspek keadilan ini. Islam menggariskan pelbagai pendekatan sebagai kaedah membuktikan sesuatu dakwaan. Antaranya ialah iqrar iaitu pengakuan, shahadah yang bermaksud kesaksian, yamin atau disebut sebagai sumpah, qarinah yang didefinisikan sebagai keterangan persekitaran atau keterangan tidak langsung, kitabah yang pada masa ini dikenali sebagai keterangan dokumen dan juga tidak ketinggalan keterangan berasaskan kaedah saintifik yang lebih popular dengan nama forensik. Inilah kaedah yang digunakan Islam dalam membuktikan sesuatu pendakwaan terhadap tertuduh.

Sekarang mari kita teliti satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah yang dapat kita anggap sebagai pendekatan sains forensik dalam usaha menegakkan kebenaran. Terjadi satu kes melibatkan dua orang anak Af’aa yang masing-masing mendakwa telah membunuh Abu Jahal dalam Perang Badar. Apakah tindakan Nabi dalam menyelesaikan kes itu? Nabi bertanya kepada mereka berdua sama ada mereka telah membersihkan pedang yang digunakan. Mereka menjawab masih belum membersihkannya. Kemudian Nabi mengarahkan mereka menunjukkan pedang masing-masing. Setelah melihat kesan darah pada kedua-dua pedang tersebut, Nabi pun mengatakan kepada salah seorang daripada mereka: Pedang ini yang membunuh Abu Jahal.” (Hadis riwayat Bukhari) Dalam komentar Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah mengatakan yang darah pada pedang tersebut ibarat seorang saksi yang hebat.

Saudaraku yang dirahmati Allah, inilah contoh bukti bagaimana penggunaan sains forensik telah dipelopori Islam sebagai satu kaedah saintifik bagi menegakkan keadilan dalam sesuatu kes pendakwaan.

Kini, sains forensik begitu maju dan sentiasa diutamakan dalam sesuatu penyiasatan khususnya apabila berlaku kes jenayah. Banyak pihak yang terlibat dengan penggunaan sains forensik ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan Eksais Diraja serta Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam usaha menangani kepelbagaian bentuk dan jenis kes jenayah, pendekatan sains forensik telah menjadi kemestian dalam proses penyiasatan yang dilakukan.

Apapun, harus diakui bahawa Islam telah mendahului penggunaan sains forensik sebagai kaedah terbaik dalam membuktikan sesuatu pendakwaan, sekali gus berupaya menegakkan kebenaran dan keadilan terhadap tertuduh.

Sesungguhnya kaedah sains forensik yang diperkenalkan Islam tetap ‘evergreen’ dan menepati piawai saintifik semasa. Itulah keindahan Islam dan itulah keutuhan ajarannya.

Thursday, May 13, 2010

perkongsian sepanjang Praktikal (1)

Bismillahirrahmanirrahim..


     fuh..dah brp lama tak post ni??masih tidak dapat mencari lg mood untuk menulis..sedangkan byk perkara yg bersarang di dalam kepala yg ingin dikongsi bersama..Lbh2 lg waktu praktikal skrg..Kongsi sikit..skrg tgh praktikal di HUSM, Kubang Kerian..Kat bhgn mana??.Kat bhgn Pediatrik dan Psikiatrik...mencabar..baru paham rupanya bekerja ni agak meletihkan..Bila praktikal ni gakla dapat merasai bagaimana umi abah letih pergi kerja untuk mencari rezeki utk menampung kami 9 org anak.. tp kira aku ni tak rasa keletihan lg la..sbb tak berkeluarga lg..tak pyh nk asuh anak ke per semua..skdr masak sikit2 kat rmh Che Kama(mak sdara).

  Ingat senang ke praktikal?blh goyang kaki pe smuanya??salah sama sekali.tp ada gak waktu goyang kaki.hehe..sempat hbs VERSUS...mmg praktik hbs la apa yg berkaitan psl psikologi ni..tp praktikal aku kali ni lbh kpd Klinikal Psikologi...my supervisor?Dr. Azizah(pakar psikologis)..sronok bekerja bwh dia.mmg byk beliau membantu kami.bg tunjuk ajar, nasihat dll.tp dlm masa yg sama,kami masih mampu bergurau senda.bgs2..tak tension mana..yer la.org bljr psikologi, mst phm stdnt mcm mana.hehe..prkatikal 2 bln je kat c2.skejap je.dgn sape lg?classmate ku,Siti Aminah + 4 org lg kakak2 UMS.dpt kwn baru.huhu..

   Seronok la gak praktikal situ. dpt kenal dgn staf2 kat jabatan + klinik..kat klinik psikiatrik lg bes..staff kat c2 baik2..lawak2 plak tu..byk ilmu yg deperoleh..esp. K.ani dan k.ida...mmg byk lg kena bljr sbnrnya...sbb pe?praktikalku bermain dgn org yg ada masalah psikologi, Learning Disabilities, yg kena buli, yg kena trauma dll..Kami diajar mcm mana nk buat terapi utk patient2, nk kumpulkan mklmt dr patients+ parents( spy blh tau history diorg)..home visit + school visit pon ada..bila melalui benda ni,br terbuka mata ni sikit bhw mcm2 mslh org hadapi sebenarnya.Klu kita tak nmpk benda ni,kita akan nmpk bahawa perkara yg berlaku kat atas patients atau mgkn org sekeliling kita ni mcm pelik ataupun mustahil..tp itu adlh kenyataan..benda yg pelik dan mustahil ni mmg berlaku..kita kena cegah, kena cuba utk membantu mereka..Kat sini takleh la nk kongsi kes ape yg dihadapi diorg..it's about ethics..hehe..


    nk kongsi jadual sikit:
Ahad dan khamis: study,thinks of modules and therapies ,supervision meeting(2hr ni agak relax)
Isnin: 9am-1pm: go to Psychiatric Clinic-interview parents,study about cases,see how therapy is done.
 2pm-4.30pm: session with patients-ini yg pyh.wpun sorg dua je patients,tp nk ambil masa utk   diorg  berubah blh tahan dlm 2,3 bln atau lg lama smpai 1thn atau lbh..mmg tabik spring la kat Doktor + staf kat situ yg sabar..

Selasa: 9am-1pm kadang terlajak smpai pukul 2-..kat klinik Pediatrik..tgk mcm mana IQ test dijalankan.alat2 yg digunakan.bes2.learn a lots of thing here.
                 2pm-4.30-klinik psikiatrik.another session of therpies with patients

Rabu: Home visit/ school visit sgala mcm visitla..walaupun letih, sronok gak..dpt g tmpt2 yg tak pernah g + berkenalan dgn ramai org..hehe..tambahan dgn diri ni yg sbnrnya suka berjalan atau kata lain "melancong"..berjalan,melihat dan mentafsir..kat sini, kita tgk,yg byk menghadapi mslh ialah org2 yg sgt2 dhaif.dpt menginsafkan bg yg berfikir..kita merasakan bahawa kita ni susah,sbnrnya ada ramai lg..

  Dgn praktikal ni gak, aku jd berfikir balik,nk ke tak ambil klinikal psikologi...it is not an easy things..study is easy, but to apply it is so difficult..like what ayah za said(doctor): doctor quite easy,cz it can be settled by medicine.But for clinical psychologist-it's hard cz u play with human psychology..not easy..different people have different personalities..fuh.skrg ni mmg kena pk balik la nk ambilk MA dlm bhgn apa..dpt kah aku bertahan dgn org yg ada mental health pblm klu ambil klinikal psikologi?sdgkan org yg normal pon tak dpt nk settle lg..huhu..tp, i learnt many things, walaupun br 2 minggu.dpt modul dll. apa yg dpt ni blh diaplikasikan dlm kehidupan seharian.I like it..

  Semoga Allah memberikan ku kekuatan utk menghadapi praktikal ini,serta dapat membuat keputusan yg terbaik dlm semua hal. Kptsn yg diperoleh nanti bukan sekadar baik utk diriku,malah baik utk Islam juga.Ameen...

  Iman tau,semua kwn2 yg LI menghadapi kesukaran dlm praktikal.Tp kita kena ingat, kesusahan itu yg akan mentarbiyahkan diri kita..Bittaufiq wannajah la semua yer...
 *handphone rosak-so sgala nmbr shbt2 ada yg ana takder..sbb tu minta maaf awal2 klu tak bersms..huh 




Saturday, April 17, 2010

Aku ingin diriku kembali seperti aku berada di F1,F2,F3


Hidup Ini Satu Perjuangan

Sangat susah untuk memperkatakan,tp kata-kata harus diteruskan..
Agar insan-insan yg berada di sekelilingku atau berjauhan tapi masih dekat di hati,
dapat mendoakan apa azamku yg seterusnya,
doakan azamku ingin mencapai kembali apa yg pernah diriku lakukan,
terutama sekali sewaktu tingkatan 1,2,3,
di mana?
di Maahad Muhammadi Perempuan (KB,Kelantan).
yg banyak meninggalkan memori2 yg indah,
yg apabila diingat kembali,
mampu membuat diri ini menitiskan air mata,
Ahh! rindunya pd sekolahku yg lama.
rindu pd shbt2ku di sana(maahadians),
yg memang berada di merata-rata bumi ciptaan Allah ini.
rindu sgt2 saat indah bersama!!
Walaupun antunna berada jauh dariku,
namun antunna semua tetap berada di hatiku,
tak lupa juga pada murabbi2 ku,
(tak kira di mana2 aku belajar),
tidak lupa juga rinduku pada sesiapa yg mengenali diriku ini,
(sepanjang ku menuntut ilmu hingga sekarang dan selamanya)

Kenapa hati ini sering meronta2 mengatakan nak kembali kpd ting 1,2,3??
adalah sebabnya,
dulu,
3x seminggu pada waktu malam,
walaupun kdg2 kelas habis lewat ptg,
kami selalu meghadirinya..
balik pun dah lewat malam,
teringat saat menuggu ibu bapa msg2 datang nak ambil kita,
tidak lupa juga ada yg menumpang di rumahku untuk perjuangan kita pada waktu malam itu,
Ya Allah,
aku sangat2 mohon padaMu,
bagilah kekuatan pada diriku untuk jadi seperti pada waktu itu,
NAMPAK MACAM TAK JELAS JER KAN POST KALI INI?
MEMANG SENGAJA,NAK TAU APA YANG BERLAKU,
ASK ME PERSONALLY,
kalau nak bagitau la..
CUMA YANG KU INGINKAN DOA DARI KALIAN SEMUA SEMOGA AKU DAPAT MELAKUKAN APA YANG AKU AZAMKAN..

Masturah Rosli..ingatkan apa yg kita buat masa tu??
doakan Iman yer biar Iman dapat buat benda tu balik..
kita selalu bersama pada waktu tu..
tak lupa gak, Munirah, Siti Fatimah Mukhtar, Wainna.Mashitah,
siapa2 je yang berada serta mengalaminya sewaktu ketika di MMP dulu,
aku sangat2 inginkan doa kalian,
serta semangat kalian...
Doa dari akhawat2 UTM, rakan sekos, shbt2 di KMPP, di MMP dan semua la..
Doa dari kaum kerabat ku juga..

Hidup ini mestilah menjadi lebih baik dari yg sebelumnya,
that's why I want to add it to be my habit..
InsyaAllah boleh!!

*post kali ini adalah sangat2 tersirat..tak dpt diungkap dgn kata2..huhu..
*1 paper ergonomik lagi tinggal..Doakan kejayaan yang terbaik untukku..
*dah seminggu lebih tak buka laptop + YM = Iman berjaya lakukannya..ini buka sekejap sebab perlu..
*kenapa perlu post time exam ni??ni dikira azam ku selepas hbs exam, msk sem baru dan seterusnya..supaya diri ini tidak lupa yg di azamkan..harap bukan sekadar kata2!.I want to make it real!!
*rinduku terhadap Kelantan akan terubat sebab nanti Latihan Industri kat HUSM..nak jumpa saing2 yg ada sana..boleh yer..

Friday, April 9, 2010

indahnya ayat walaupun hanya 7 ayat terawal

al-muddasir

1. Wahai orang yang berkemul (berselimut)!
2. Bangunlah, lalu berilah preingatan!
3. dan agungkanlah Tuhanmu,
4. dan bersihkanlah pakaianmu,
5. dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji,
6. dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak
7. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

Dikala diri ini dilanda kerisauan kerana peperiksaan yg rasanya kali ni, mcm2 tak kena. Astaghfirullahal 'azim. Dengan mood ku yg memang pd waktu exam yg agak tak stabil.mood swing.(i can't change it)..hanya pada-Mu tempatku mengadu. Selain itu,slalu ngadu kat abah dan umi(biarlah org kata anak manja pun. Aku suka sbb dari diorg aku mendapat semangat kembali serta nasihat-nasihat yang sgh menyedarkanku utk ingat siapa diriku sebagai hamba Allah)..Sedih pon ada,tp yg dah lps biarkanlah lepas. Yg akan dtg lebih penting dan mesti diberi perhatian..Berserah padaNya, hanya Allah tahu yg mengetahui apa yg terbaik untuk diriku.Aku redha dan pasrah..

Sebenarnya mcm ni,huhu, sblm isya' tanggal 9/4/2010,abah call before abah pergi ceramah.Semoga urusan abah dimudahkan.Dunia A+ Akhirat A.hehe.Aku yg belum pernah berkesempatan mendengar ceramah secara formal, tetapi tak formal banyak kali, yg penting FREE!!huhu..sll bg motivasi, almaklumlah motivator+counsellor..waktu call, ngadu psl bla..bla..bla..huhu..Abah terus suruh ku buka surah Al-muddasir. Aku disuruh baca mksdnya 1 per satu..fuh,,mmg ada kata2 motivasi di situ. walaupun 7 ayat awal, tp cukup bermakna bg ku...

ayat 1-ni mknanya nk suruh iman banyak bangun mlm.

ayat2- berilah peringatan--pg td abah hntr msg,,"bangun!bangun!bangun!"saja suruh abah gerak. terima kasih abah. sehari sblm tu, abah call pg2,dgr suara abah yg keletihan,minta maaf abah,susahkan abah..bkn ape,anak umi dan abah ni sdg bermujahadah untuk bgn mlm..nk bgn sgt2!!tp sll,,hehe..tp bygkan,bila parents kita yg bersusah pyh gerakkan kita-untuk study sama, sanggup ker nk tdo balik?mst tak..nk tdo balik pon akan jd sedih lps tu..jd bersemangat!!..

ayat 3- dalam nk exam ker study week ker,,sentiasalah Agungkan Allah,,dpt result tgi2 tu bkn kerana kita, tp Allah..ingtlah Dia walau mcm mana keadaan kita sekalipun..Dlm exam, Ya Allah susahnya,,harapkan Allah gak, Ya Allah,byk nye kena baca, 1 buku abnormal,kena ingat penyakit2,hafal organizational psychology,kena ingt term2,kena faham research and methodology in psychology,kena faham concept, ergonomik,kena ingat btol2 dan aplikasikannya...Ya Allah,,byknya..Ya Allah,bg lah kekuatan pada hambaMu ini..jauhkanlah diri ni dari careless. 

ayat4- cuba tgk keadaan sekeliling bersih tak,pakaian bersih tak,,,,nak mengaji,menghafal, klu bersih baru tenang..baru segar..baru bagus...

ayat5- knp boleh jd tak kena time exam ni??sbb ape iman??ha,,mst ada wat benda lagho ni..astagfirullahal 'azim..minta maaf la laptop..aku dah simpan engkau start pag tadi. engkau membuatku ralik...ni pon blogging guna roomate punya-wina..email dan YM minta maaflah yer..sepanjang minggu peperiksaan, aku dah tak bukak,dah nk masuk seminggu..mmg mujahadah giler la yg ni..

ayat6- jangan over confidence,,tu yg abah pesan..aku sll over confidence..bkn ape,utk memberi ku smgt..ak sll letak jangkaan yg tinggi,termasuk result exam..tp tak blh iman..nanti dirimu yg binasa..tukarkan over confident dgn buat yang TERBAIK..klu org kata, iman,takleh jwb pon,result gempak!!?adakah kamu patut merasakan ia sebagai penenang hati kamu ketika kamu mempunyai perasaan tak dapat mana menjwab exam???terima kasih abah ingtkan ku kembali..iman kena istighfar banyak2.syaitan ni sll cari peluang untuk menjalankan misinya yg licik..kamu sungguh licik syaitan!!geram!!kena lawan..bila org puji,,kena istighfar, sbb nanti akan jadi riak..kamu paham iman??rosak hati kamu.niat kamu pe semua...tp,dlm masa yg sama, jdkan ia sbg dorongan untuk kita membuat serta menjalankan misi sebagai pelajar dengan lebih baik..ingt iman,abah ada berpesan,berhati2 lah dengan benda2 ni semua yer,,lbh2 lg dengan syaitan.

ayat7- bersabarlah yer iman..walaupun terpaksa menempuh kesusahan,bersabarlah...sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar..try your best....

sambil2 membaca terjemahan,sambil2 tu ada kata2 nsht yg abah selitkan utk dikaitkan dengan kehidupan ku..thanx abah and ummi..

A day before

(i already have my own counsellor)
(pesanan dari abah lagi.huhu)
-dont' get any negative words!!takutlah,berdebarlah....
-Don't be afraid!!buat apa takut kat exam.buat apa takut pada org??!Takut pada Allah.
klu takut kat benda lain,ia akan membentuk sempadan pada diri kita,yg mana bg kita jd lbh takut..
-Jangan letak dalam perasaan takut, klu tak,ia akan letakkan kita dlm suasana/ruang yg sempit..
-Dah ready utk exam?(klu org tanya)..
kita kena jwb: InsyaAllah. Ameen.
-berdebar ni normal la dalam hidup.Don't make it as a problem, but take it as a challenge!!
-time mandi,biar air kena kat kepala lama2(ubun2).
sambil tu doa,..(Ya Allah bg kekuatan terbaik untuk diriku)..
U know what??it worked!!i already start it since last sem..
i can feel more calm,more things can be absorbed..
-Hebat Kak Iman!!!,kak Iman boleh!!syg anak abah..hehe

1st day nak menghadapi exam,,
terharu sgt2!
i did't expect it!!thanx abah.
abah call dlm pukul 7 pg,kata kak iman hebat!
seterusnya diikuti oleh adik2ku yg lain, hazim(d.5),iffah(d.3),najah(d.1),dan anis(5thn)
dari kecil smpai besar,abah mcm suruh diorg beratur je ckp g2 kat aku..hani mana??tdo ek??hu..
umi dlm kesibukan membuat soalan exam pon,usrah dll,msh sempat meluangkan masa untuk melayan kerenah ku juga..
mcm mana aku nk berenggang dgn Family aku???tgk layanan,support dan lain2..
hanya allah yg dapat membalas jasa baik kalaian semua.semoga Allah mempermudahkan urusan keluargaku..termasuk adikku Hani..insya Allah yg terbaik Allah akan bg padamu..


dah2!!nk g study..luahan hati..huhuluah skmo iman ni..smoga dapat membantu shbt2 yg juga turut berperang dgn kemalasan yg sama dgn ku,shbt2 yg berjuang utk menghadapi exam dll.bittaufiq wannajah.doakan ku skali

*hani,yg di tag tu nt kak iman buat yer..

Monday, March 29, 2010

Current Issues..sape tau tlg kongsi

Bismillahirrahamanirrahim..

saya memohon kerjasama siapa2 sahaja untuk berkongsi isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dalam sekitar tahun lepas (tahun 2009 sehingga sekarang).isu yg terkecuali ialah H1N1, organ donation, rempit..dengan bantuan anda semua berkongsi isu-su semasa ini,dapat membantu saya dan orang lain..hehehe...harap mendapat kerjasama semua..terima kasih banyak2..tapi tak termasuk hal2 yg sensitif seperti politik atau hal keagamaan..

Tuesday, March 23, 2010

Berharap penuh kepada??

Mula2 mmg tak nmpk jalan dah..
TAPI!!!
bila kita mengharap sepenuhnya pada Allah
cuba bertenang,cuba tak marah orang,cuba berlapang dada,
 sentiasa beristghfar dan mendoakan moga dinampakkan jalan..
Allah memberinya kepada kita..
Alhamdulillah..
mampukah,layakkah,sanggupkah atau patutkah kita kufur dan tidak bersyukur dengan nikmatNya?
sudah tentu tidak!!!
sama mcm kita tak nk sakitkan hati org.
 Tapi Allah tak boleh sesekali dibandingkan dgn makhlukNya..



Thursday, March 11, 2010

Tahniah kepada Pelajar SPM esp Maahadians


Dipetik dari Harakah Daily bertarikh 11 Mac 2010
SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A
Rizal Tahir   
KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.
Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).
Sementara itu, Habibah Hanan(gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.
“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.
“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.
Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.
“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.
-TAMAT-

*to bibah: dah berjaya pon kamu ye..dulu kecik lagi masa kak iman jd senior ,bibah jd form1..tahniah la.
*to haris: KP hok bz + nasyid, berjaya gak kamu..mantap2..bangga ayah za n cik kama..